Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan beritamalay3.blogspot.com

Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan beritamalay3.blogspot.com
link : Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengukuhan ringgit diramal berterusan sehingga 2018, meningkat sekitar 4.00 berbanding dolar, berikutan sokongan daripada sentimen dollar US yang lemah dan pemulihan harga komoditi.
 
Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, unit tempatan yang mengakhiri 2017 dengan kukuh akan diniagakan secara positif minggu depan.
 
Ia turut disokong perkembangan tempatan yang positif, termasuk pertumbuhan ekonomi yang mampan, aliran masuk dana asing yang mantap serta prestasi pasaran ekuiti yang kukuh.
 
Menurut beliau, prospek kadar dasar semalaman yang lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyokong sentimen di pasaran.
 
“Pasaran yang cergas akan berterusan tahun depan. Kita mempunyai banyak pemangkin yang memacu ringgit, dengan rizab kita menunjukkan trend meningkat. Semua ini menjadi petanda baik untuk ringgit,” katanya lapor Bernama.
 
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$102.2 bilion (RM431.6 bilion) setakat 15 Disember 2017 berbanding AS$101.9 bilion (RM430.4 bilion) pada 30 November 2017.
 
Nazri Khan berkata, paras hutang isi rumah yang lebih baik, yang berkurang kepada 84.6% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada September 2017 berbanding 88.4% tahun lepas, akan turut memacu momentum ringgit.
 
Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 4.0440/0500 berbanding 4.0770/0800 pada minggu sebelumnya.
 
Mata wang tempatan itu diniaga bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
 
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0265/0323 daripada 3.0317/0346 Jumaat lalu dan menokok berbanding yen kepada 3.5912/5968 daripada 3.5965/5998 sebelum ini.
 
Ringgit bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.4602/4687 daripada 5.4587/5639 dan merosot berbanding euro kepada 4.8451/8535 daripada 4.8304/8344.
 
 


Demikianlah Artikel Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/pengukuhan-ringgit-diramal-berterusan.html

Subscribe to receive free email updates: