Penyingkiran Khalid episod paling mencabar - Sultan Selangor beritamalay3.blogspot.com

Penyingkiran Khalid episod paling mencabar - Sultan Selangor beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penyingkiran Khalid episod paling mencabar - Sultan Selangor beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyingkiran Khalid episod paling mencabar - Sultan Selangor beritamalay3.blogspot.com
link : Penyingkiran Khalid episod paling mencabar - Sultan Selangor beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Penyingkiran Khalid episod paling mencabar - Sultan Selangor beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, tiga tahun lalu, merupakan episod  paling mencabar dalam politik di negeri itu.
 
Dalam wawancara bersama The Star, Sultan Sharafuddin berkata baginda juga sangat terkejut apabila Abdul Khalid disingkirkan. Baginda bagaimanapun memuji kesetiaan Abdul Khalid.
 
“Saya tidak percaya apa yang berlaku khasnya kepada Khalid. Beliau sangat setia dan tiba-tiba disingkirkan.
 
“Mungkin ada agenda tersembunyi, mungkin saya bukan ahli politik dan itu perkara yang saya tidak faham,” katanya dalam wawancara bersama akhbar berbahasa Inggeris itu sempena Hari Keputeraan ke-72 esok.
 
Dalam pada itu ujar baginda, jantina bukan punca beliau menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Abdul Khalid menerajui negeri itu.
 
“Sebab saya tidak menerima Wan Azizah bukan kerana saya fikir beliau tidak layak atau beliau seorang wanita.
 
“Saya telah kata sebelum ini, menteri besar tidak boleh berkawalan jauh (remote control), beliau tidak boleh menjadi boneka. Anda perlu mempunyai perwatakan kukuh untuk melakukan sesuatu buat rakyat.
 
“Apabila saya minta mereka serah nama, mereka hanya beri satu nama. Itu bermakna mereka menekan saya.
 
“Saya selalu minta beberapa nama daripada kerajaan sebelum ini dan mereka kadangkala hantar sehingga tiga nama, tetapi mereka senaraikan keutamaan mereka. Apa masalahnya untuk mereka hantar lebih daripada satu nama?," kata baginda.
 
Abdul Khalid pernah meneraju pentadbiran negeri Selangor selama 6 tahun, di mana beliau diangkat sebagai Menteri Besar yang pertama daripada PKR susulan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
 
Bagaimanapun krisis dalaman PKR susulan idea Langkah Kajang, yang bertujuan menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar, menyebabkan Abdul Khalid terpaksa melepaskan jawatan berkenaan selepas dipecat PKR pada 2014. 
 
Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kini bergelar wakil rakyat Bebas.




Demikianlah Artikel Penyingkiran Khalid episod paling mencabar - Sultan Selangor beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Penyingkiran Khalid episod paling mencabar - Sultan Selangor beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyingkiran Khalid episod paling mencabar - Sultan Selangor beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/penyingkiran-khalid-episod-paling.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :