Judul : Tolak UKSBP: Keputusan UPSR, PPSR memadai menilai pelajar ke SBP, kata Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com
link : Tolak UKSBP: Keputusan UPSR, PPSR memadai menilai pelajar ke SBP, kata Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com
Tolak UKSBP: Keputusan UPSR, PPSR memadai menilai pelajar ke SBP, kata Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com
DALIA ISMAILKeputusan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) pada 11 hingga 15 Disember ini untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tidak wajar dilaksana kerana ia akan membebankan pelajar dan ibu bapa, kata Pemuda Pakatan Harapan (PH).
Exco Pendidikan Pemuda PH Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, keperluan murid untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2018 secara atas talian (online) bagi membolehkan menduduki peperiksaan UKSBP juga bertentangan dengan hasrat kementerian untuk mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.
“Walaupun UKSBP itu lebih kepada pendekatan kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) namun ia jelas menunjukkan kementerian pendidikan telah membazirkan masa pelajar dan wang rakyat.
“Mungkinkah ada keuntungan lain sehingga perlu wujud peperiksaan sedemikian (UKSBP). Kita harap kementerian menilai kembali syarat kemasukan ke SBP ini,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Kata Mohd Ashraf Mutaqim lagi, kebimbangan PH dengan pelaksana UKSBP ini wujudnya kuota untuk pengambilan kemasukan pelajar baharu diberikan kepada sekolah-sekolah cemerlang di negara ini.
Beliau yang juga Exco Pendidikan dan Mahasiswa Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa, terdapat persatuan alumni sekolah yang dibenarkan memilih sendiri kemasukan pelajar baharu bagi mengekalkan penarafan sekolah-sekolah berasrama penuh yang mempunyai rekod pencapaian terbaik dan cemerlang di negara ini.
“Kita (Pakatan Harapan) tidak mahu dengan ujian IQ dan EQ ini sebenarnya mengkelaskan kemasukan murid ke SBP secara ‘kasta’.
“Kita maklum ada sekolah berasrama penuh terbaik yang cemerlang yang mana ada kuota alumni yang boleh memilih sendiri kemasukan pelajar baharu.
“Kita juga bimbang permohonan yang dilaksanakan secara online itu, berkemungkinan sebahagian besar ibu bapa dan pelajar diluar bandar yang sukar mendapat akses internet tetapi anak mereka mempunyai keputusan cemerlang.
Justeru PH ujarnya menolak pelaksanaan UKSBP kerana melihat daripada Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang mempunyai empat komponan itu sudah memadai menilai kemasukan pelajar ke SBP.
“Kita menolak sebab sekolah sudah ada pentaksirannya sendiri yang boleh menilai sahsiah, keterampilan, pencapaian pelajar oleh guru menerusi kad laporan pelajar (report card) di bawah PPSR, termasuk keputusan percubaan dan peperiksaan UPSR.
“Jadi keputusan UPSR dan PPSR itu sudah memadai bagi menilai pelajar dari segi pencapaian akademi dan kokurikulum untuk kemasukan ke SBP di negara ini,” terangnya.
Beliau menambah kerisauan Pemuda PH berkemungkinan kementerian menjadikan UKSBP ini sebagai eksperimen kepada pelajar sebagaimana dasar diperkenalkan kepada pelajar bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
“Kami risau eksperimen dilakukan ke atas pelajar sebagaimana yang berlaku kepada PPSMI yang kini dimansuhkan.
“Walaupun kementerian kata, keputusan UPSR bertambah baik dengan peningkatan peraturan lulus pelajar secara keseluruhan namun bagi pencapaian setiap mata pelajaran ia masih tidak mencapai 50 peratus cemerlang.
“Buktikan dulu pencapaian kepada keputusan UPSR terhadap setiap matapelajaran kemudian baharu buat penambahbaikan,” ujarnya.
Bahkan dakwanya lagi Pakatan Harapan melalu satu kajiselidik melalui sebuah NGO ujarnya, mendapati di kalangan guru memaklumkan mereka tidak diberitahu mengenai format kemasukan ke SBP melalui UKSBP yang ingin dilaksanakan kementerian pendidikan.
“Kami dimaklumkan pihak sekolah hanya diberitahu keperluan menyediakan komputer dan pusat peperiksaan.
“Ini menunjukkan dikalangan pelajar pula mereka sendiri tidak tahu akan mengambil peperiksaan yang bagaimana sepatutnya jika ia dikatakan sebagai ujian IQ atau EQ itu untuk membuat persediaan.
“Sedangkan sudah ada keputusan UPSR dan PPSR sebenarnya sudah mencukupi untuk kelayakan kemasukan pelajar ke SBP sebagaimana dilaksana sebelum ini.
“UKSBP ini sebenarnya membebankan kepada pelajar yang sudah mengetahui keputusan UPSR tetapi tertanya-tanya pula jenis peperiksaan bagamaimana pula untuk melayakkannya terpilih ke SBP.
“Jika benar kerajaan mahu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran, peperiksaan UPSR dan PPSR sudah holistik dan menyeluruh tidak perlu lagi pelajar dibebani dengan ujian IQ dan EQ hanya untuk ke SBP,” ujarnya.
Pada 22 November lalu Kementerian Pendidikan mengumumkan pelajar yang memohon untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) perlu menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) pada 11 hingga 15 Disember ini.
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Nor Azlina Abdul Rahim, dipetik berkata, selain UKSBP yang pertama kali diperkenalkan itu, pemilihan juga akan berdasarkan merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).
Katanya, prosedur baharu itu diharap dapat melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti.
Demikianlah Artikel Tolak UKSBP: Keputusan UPSR, PPSR memadai menilai pelajar ke SBP, kata Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Tolak UKSBP: Keputusan UPSR, PPSR memadai menilai pelajar ke SBP, kata Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tolak UKSBP: Keputusan UPSR, PPSR memadai menilai pelajar ke SBP, kata Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/tolak-uksbp-keputusan-upsr-ppsr-memadai.html