Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat
BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Info Malay,
Artikel Malay News,
Artikel Malay Terkini,
Artikel Politik,
Artikel Trending,
Artikel Video,
Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis beritamalay3.blogspot.comlink :
Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com
Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com
Chandra Muzaffar merujuk langkah demokrasi yang dijanjikan PH dan kesedaran politik orang ramai sejak zaman kegemilangan Dr Mahathir.
PETALING JAYA: Aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar yakin ada langkah cukup untuk menghalang kebangkitan autokrasi Mahathirian, jika bekas perdana menteri itu dilantik sebagai perdana menteri selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Chandra yang juga presiden Pergerakan Antarabangsa bagi Dunia Adil, merujuk langkah pendemokrasian yang dijanjikan PH dan kesedaran politik orang ramai sejak zaman kegemilangan Dr Mahathir.
“Hari ini, dibandingkan dengan 1980-an dan 1990-an, rakyat lebih sedar tentang akauntabiliti, ketelusan, hak demokratik dan kebebasan serta kepentingan menghormati perbezaan pendapat,” katanya.
Beliau turut membangkitkan pengumuman PH untuk memberi kuasa kepada Parlimen bagi melantik individu yang mengetuai pasukan polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Peguam Negara dan institusi penting lain.
“Institusi ini akan diberi keutamaan lebih besar dan diperkukuhkan apabila mereka bebas dan berautonomi.
“Apabila anda mempunyai institusi bebas dan berautonomi, apabila anda memberi mereka perisai perlindungan, anda meletakkan pengawasan ke atas kuasa eksekutif.
“Oleh itu, tidak mungkin Dr Mahathir dapat menggunakan kuasa seperti yang pernah dilakukannya pada masa lalu,” katanya.
Chandra berkata demikian selepas pengumuman PH memilih Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka.
Pengumuman yang dibuat pada konvensyen tahunan gabungan 4 parti pembangkang itu Ahad lalu, dihujani kritikan daripada parti pemerintah dan pembangkang lain.
Sebagai contoh, Sangeet Kaur Deo, ahli DAP yang juga anak perempuan bekas pemimpin Karpal Singh, membidas keputusan itu sebagai tanda kelahiran semula amalan Mahathirisme.
Chandra berkata, istilah Mahathirisme difahami dalam cara berlainan oleh orang berbeza.
“Ia dicipta penganalisis pada 1990-an untuk menggambarkan kecenderungan ke arah autoritarianisme dan kurangnya penghormatan terhadap perbezaan pendapat.
“Tetapi, dari sudut positif, orang kata Mahathirisme juga bermakna penekanan kuat terhadap pembangunan dan ekonomi.”
Sejarawan terkemuka, Tan Sri Prof Khoo Kay Kim mendapati sukar meramalkan sama ada kemunculan semula Dr Mahathir di pejabat Perdana Menteri bermakna kemunculan semula Mahathirisme.
“Mahathirisme membuahkan hasil kerana Dr Mahathir lelaki yang sangat bijak yang menabur banyak janji kepada rakyat dan mereka percaya kepadanya.
“Tiada cara untuk mengetahui sama ada Mahathirisme akan muncul semula sehingga ia berlaku,” katanya.
Demikianlah Artikel Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/ada-perlindungan-cukup-halang-autokrasi.html
Related Posts :
Gali kubur dan batu nisan saja belum kena GST beritamalay3.blogspot.comMALAYSIA DATELINE
Bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin hari ini berkata, barangan dan urusan yang berkaitan agam… Read More...
Status Baitulmaqdis kekal - PBB beritamalay3.blogspot.comANTARAPOS
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempertimbangkan resolusi draf mendapati … Read More...
Speaker: Adakah Noh ‘beri arahan’ kepada SPRM? beritamalay3.blogspot.comOLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan pembahagian lot tana… Read More...
Sultan Selangor: JAKIM perlu patuh dasar MAIS SELANGOR December 13, 2017 4:00 pm 90 OLEH SHEEDA FATHIL KLANG, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berkhidmat di negeri itu, supaya patuh dengan dasar dan garis panduan ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sultan Sharafuddin bertitah, pegawai JAKIM perlu memberi ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada baginda selaku Ketua Agama Islam, di Selangor sepanjang tempoh berkhidmat walaupun menerima gaji dan elaun daripada Kerajaan Persekutuan. Baginda turut bertitah semua perkara berkaitan hal ehwal Agama Islam negeri terletak sepenuhnya, di bawah kuasa pertimbangan baginda. “Beta ingin mengingatkan JAKIM yang bertindak sebagai badan agama di peringkat Persekutuan hanya berfungsi selaku agensi pusat yang berperanan menyelaras perkara berkaitan agama Islam antara negeri, di Malaysia. “Setiap satu dasar berkaitan agama Islam daripada JAKIM sebagai contohnya isu persijilan halal, zakat, pemakaian sesuatu fatwa, wakaf dan sebagainya yang ingin dilaksanakan di negeri ini perlu merujuk kepada MAIS terlebih dahulu. “MAIS sebagai badan penasihat agama Islam kepada Beta sebelum perkara ini diangkat untuk dilulus dan dilaksanakan,” titah baginda. Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Imam Masjid-masjid Seluruh Negeri Selangor, di Istana Alam Shah, Klang, hari ini. Pada majlis sama, baginda turut berkenan menerima wakaf RM5 juta daripada Kerajaan Negeri bagi pembinaan Masjid Denai Alam, Shah Alam. Selain itu, Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut memberi tanah wakaf seluas 10 ekar bernilai RM74 juta khas bagi pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor. beritamalay3.blogspot.comOLEH SHEEDA FATHIL
KLANG: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jab… Read More...
INI SYARIKAT KRONI SIAPA? BETULKAH SEMUA DALAM SYARIKAT MENGURUSKAN UMRAH INI BERAGAMA ISLAM? beritamalay3.blogspot.comshahbudindotcom
Berikutan rungutan serta kecaman pelbagai pihak mengenai perlaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia … Read More...