Judul : BN pada kedudukan kembali menang majoriti dua pertiga, kata Merdeka Center beritamalay3.blogspot.com
link : BN pada kedudukan kembali menang majoriti dua pertiga, kata Merdeka Center beritamalay3.blogspot.com
BN pada kedudukan kembali menang majoriti dua pertiga, kata Merdeka Center beritamalay3.blogspot.com
ANTARAPOSSHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) berada pada kedudukan untuk mengembalikan majoriti dua pertiganya di Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Merdeka Center.
Badan kaji selidik itu memberitahu hasil dapatannya mendapati undi popular BN mungkin akan jatuh lagi namun peranan PAS yang dikatakan bakal tampil membuka ruang kepada pertandingan tiga penjuru pada PRU14 dan pelaksanaan persempadanan semula boleh membawa kejayaan kepada parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak itu.
“BN hanya kurang 13 kerusi untuk dapat semula majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Dengan persetujuan antara pembangkang semakin menjauh, BN berada pada kedudukan untuk mengembalikan dua pertiganya,” kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian.
“Prospek pembangkang dari nipis ke kosong apabila pemimpin PAS nampak berminat untuk menghalang kemenangan PH. PAS nampak bersedia membantu Umno demi memelihara hak politik orang Melayu.”
Merdeka Center berkata dasar dan strategi BN tidak banyak mempengaruhi sokongan pengundi namun pendirian PAS yang menjarakkan diri dengan Pakatan Harapan (PH) akan menyebabkan berlakunya pecah undi di kalangan pengundi Melayu.
Kaji selidik itu juga meramalkan antara negeri yang bakal mengalami krisis pecah undi adalah Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah.
Hasil dapatan Merdeka Center juga mendapati persepsi terhadap PH menurun pada Disember tahun lepas.
Angka keseluruhan responden yang berkata mereka “gembira” dengan PH hanya 21%, sementara pengundi Melayu yang berasakan begitu terhadap pembangkang 13%.
Pada masa sama, sentimen terhadap kerajaan meningkat sejak September walaupun mood orang ramai kekal berhati-hati kerana faktor ekonomi dan politik.
Pada Disember, 37% responden berkata negara ini berada pada landasan hala tuju yang betul sementara 50% tidak bersetuju.
Kaji selidik itu menunjukkan tiga kebimbangan utama rakyat Malaysia masih lagi inflasi (68%), rasuah (36%) dan peluang pekerjaan (19%).
Kebimbangan lain perumahan, ketidakstabilan politik, pemeliharaan hak Melayu, kelemahan kepimpinan dan hubungan antara kaum yang menurun.
Bimbang dengan tuduhan terhadap integriti Najib dan skandal 1Malaysia Development Bhd masing-masing hanya 3% dan 2%.
Pembentangan itu berkata kedudukan Najib dalam Umno semakin mengukuh akibat kekurangan kepimpinan alternatif yang berkelayakan, sentimen meningkatkan ekonomi dan caranya menayang imej Melayu Islam.
Demikianlah Artikel BN pada kedudukan kembali menang majoriti dua pertiga, kata Merdeka Center beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel BN pada kedudukan kembali menang majoriti dua pertiga, kata Merdeka Center beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN pada kedudukan kembali menang majoriti dua pertiga, kata Merdeka Center beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/bn-pada-kedudukan-kembali-menang.html