DAP ‘pura-pura mesra Islam’ beritamalay3.blogspot.com

DAP ‘pura-pura mesra Islam’ beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DAP ‘pura-pura mesra Islam’ beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP ‘pura-pura mesra Islam’ beritamalay3.blogspot.com
link : DAP ‘pura-pura mesra Islam’ beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


DAP ‘pura-pura mesra Islam’ beritamalay3.blogspot.com

DETIK DAILY

 
Oleh Datuk Takiyuddin Hassan 

 PAS tidak perlu tunjuk ajar DAP dalam menentukan hala tujunya. PAS mempunyai dasar yang jelas tanpa kompromi dengan pendekatan yang sesuai dengan keadaan masa dan ketika.

2) PAS komited dengan jalan demokrasi serta politik sihat dan konstruktif, menolak politik kombatif, melulu dan destruktif seperti diamalkan oleh DAP. Dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), PAS bersedia menerima keputusan rakyat sama ada sebagai pembangkang atau kerajaan.

3) DAP boleh meneruskan dasar "chauvinistic" dan sikap "pura-pura mesra Islam" yang tidak pernah berubah sebagai pendekatan dalam menghadapi PRU 14 nanti dan rakyat pasti boleh menilai sikap dan muslihat sebenar DAP yang memperalatkan siapa sahaja demi kuasa.

4) Saya menyeru saudara Lim Guan Eng agar lebih prihatin dengan masalah dalaman DAP sendiri daripada cuba menghakimi PAS. Beliau patut sedar sepanjang penggal ini sahaja DAP telah kehilangan lapan ahli parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), memecat seorang Adun dan bakal kehilangan beberapa lagi menjelang tamat penggal ini.

5) Saya yakin politik “keanak-anakan” dan “ala-gangster” DAP akan menyebabkan ia kehilangan bukan sahaja undi orang Melayu dan bukan Cina, tetapi juga undi orang Cina. Pertelingkahan antara beberapa pimpinan DAP dengan pimpinan parti berteraskan kaum Cina yang lain adalah contoh klasik akan sikap itu.

6) Pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP November lalu adalah satu lagi bukti jelas akan situasi itu dengan kehadiran perwakilan hanya separuh daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya hadir. Sementara itu, undi yang diperolehi oleh para pemenang pula hanyalah lebih daripada separuh perwakilan dan ini menimbulkan tanda tanya tentang kesahihan demokratik atau tidaknya.

7) Saya hanya ingin memetik kenyataan yang pernah dibuat oleh bekas Adun DAP Jawi, Tan Beng Huat, tentang Lim Kit Siang dan suasana dalaman DAP untuk tatapan Saudara Lim Guan Eng iaitu:
"Lim Kit Siang is a dictator bent on building a political dynasty. He does not tolerate dissent similar to Dr Mahathir [Mohamad] who is only interested in ensuring his son ascend to power. They are one and the same, interested only in building their family dynasty and fulfill their political thirst”.

* Datuk Takiyuddin Hassan adalah setiausaha agung PAS



Demikianlah Artikel DAP ‘pura-pura mesra Islam’ beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel DAP ‘pura-pura mesra Islam’ beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP ‘pura-pura mesra Islam’ beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/dap-pura-pura-mesra-islam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :