Dr Mahathir kerap serang PAS jadi punca kerjasama dengan PPBM gagal beritamalay3.blogspot.com

Dr Mahathir kerap serang PAS jadi punca kerjasama dengan PPBM gagal beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dr Mahathir kerap serang PAS jadi punca kerjasama dengan PPBM gagal beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir kerap serang PAS jadi punca kerjasama dengan PPBM gagal beritamalay3.blogspot.com
link : Dr Mahathir kerap serang PAS jadi punca kerjasama dengan PPBM gagal beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Dr Mahathir kerap serang PAS jadi punca kerjasama dengan PPBM gagal beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
KOTA BHARU: Sikap Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap menyerang PAS menjadi punca kegagalan rundingan untuk parti itu mengadakan kerjasama politik dengan PPBM tahun lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau antara yang terlibat dalam rundingan berkenaan, berkata walaupun Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang melakukan perbincangan, namun segala keputusan banyak tertakluk kepada persetujuan Dr Mahathir.
"Jadi, bagi saya, tidak pelik kenapa Dr Mahathir menyerang PAS kerana beliau sudah sememangnya begitu. Namun, mungkin kali ini dia ibaratkan melepaskan semua 'pelurunya' susulan usahanya mendapatkan kerjasama dengan PAS gagal.
"Serangan Dr Mahathir terhadap PAS adalah biasa, jika beliau puji PAS, itu menjadi luar biasa. Beliau juga terkenal sebagai individu yang terlalu anti kepada orang beragama termasuk terbaharu mengenai mufti," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Kelmarin, Dr Mahathir ketika ucapan penggulungan pada perhimpunan agung tahunan PPBM, dilaporkan berkata, mufti sepatutnya menegur amanat Abdul Hadi pada 1981.
Pengerusi PPBM berkenaan turut mendakwa, kegagalan mufti menegur amanat berkenaan mendorong penyokong PAS menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan keganasan seperti peristiwa Memali pada 1985.
Mengulas persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Takiyuddin berkata, pihaknya sudah melakukan persediaan menghadapi PRU termasuk meletakkan 30 peratus calon muka baharu yang akan bertanding di Kelantan.
"Walaupun tahun ini kita menghadapi PRU, namun Muktamar PAS tetap diadakan seperti biasa dengan melihat keadaan nanti.
"Kita menetapkan Muktamar PAS Pusat pada 4 hingga 6 Mei ini di Pahang selepas mesyuarat PAS peringkat cawangan seluruh negara diadakan bermula esok (40 hari), serta peringkat kawasan bermula 11 Februari (36 hari)," katanya.


Demikianlah Artikel Dr Mahathir kerap serang PAS jadi punca kerjasama dengan PPBM gagal beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Dr Mahathir kerap serang PAS jadi punca kerjasama dengan PPBM gagal beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir kerap serang PAS jadi punca kerjasama dengan PPBM gagal beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/dr-mahathir-kerap-serang-pas-jadi-punca.html

Subscribe to receive free email updates: