Guan Eng tidak tolak kemungkinan perbicaraan rasuah jejas pencalonannya beritamalay3.blogspot.com

Guan Eng tidak tolak kemungkinan perbicaraan rasuah jejas pencalonannya beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Guan Eng tidak tolak kemungkinan perbicaraan rasuah jejas pencalonannya beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng tidak tolak kemungkinan perbicaraan rasuah jejas pencalonannya beritamalay3.blogspot.com
link : Guan Eng tidak tolak kemungkinan perbicaraan rasuah jejas pencalonannya beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Guan Eng tidak tolak kemungkinan perbicaraan rasuah jejas pencalonannya beritamalay3.blogspot.com

THE MALAYSIAN TIMES
 


GEORGE TOWN: “Mungkin.” Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa didesak pemberita untuk memberikan jawapan sama ada perbicaraan kes rasuahnya akan menjejaskan pencalonannya pada pilihan raya umum ke-14.

Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP berkata beliau perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa kali dengan setaip kali untuk tempoh empat hingga lima hari sepanjang Mac dan Mei. Mahkamah Tinggi menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antara 26 Mac dan 25 Mei.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kuasa sebagai ketua menteri untuk manfaat diri dan isterinya Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Emblem Sdn Bhd bagi menukar status tanah pertanian kepada status perumahan dengan menggunakan kedudukannya dalam mesyuarat jawatankuasa perancang negeri dipengerusikannya pada 18 Julai, 2014.

Lim juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan manfaat menerusi pembelian sebuah rumah daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta iaitu lebih rendah daripada harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.

Phang, yang merupakan presiden Magnificent Emblem turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Lim dalam pembelian rumah di Jalan Pinhorn itu daripadanya pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran atau RM4.27 juta.

Dalam perkembangan lain, Lim, yang bercakap kepada pemberita di sini, berkata kerajaan negeri telah menjelaskan bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan untuk tiga lebuh raya menerusi kaedah tukar tanah bernilai RM208 juta.

Beliau berkata kerajaan tidak membuat sebarang bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut seperti didakwa Gerakan.

Keutamaan kerajaan negeri adalah tiga lebuh raya itu dan bukannya terowong dasar laut yang dijangka siap hanya pada 2027, katanya.

Selasa lepas, Gerakan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah membayar RM208 juta bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut menerusi kaedah tukar tanah.– Bernama



Demikianlah Artikel Guan Eng tidak tolak kemungkinan perbicaraan rasuah jejas pencalonannya beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Guan Eng tidak tolak kemungkinan perbicaraan rasuah jejas pencalonannya beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng tidak tolak kemungkinan perbicaraan rasuah jejas pencalonannya beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/guan-eng-tidak-tolak-kemungkinan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :