Judul : Hentikan ugut guru, penjawat awam, desak Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com
link : Hentikan ugut guru, penjawat awam, desak Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com
Hentikan ugut guru, penjawat awam, desak Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com
Pemuda Pakatan Harapan (PH) mendesak Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berhenti daripada mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengugut guru dan penjawat awam di negara ini.
Exco Pendidikan Pemuda PH Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata,sekiranya seorang anggota legislatif yang juga menteri boleh mengeluarkan kenyataan “mengugut” ia bercanggah dengan peruntukan perlembagaan negara sekaligus mencabul hak rakyat yang bertentangan ideologi politik dan mengkritik demi penambahbaikan sistem sedia ada.
” Perkara 10 Perlembagaan Malaysia jelas memelihara hak bersuara setiap penjawat awam sepertimana yang termaktub dalam perenggan (1) (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.
. “Jika kritik tidak dibenarkan, ianya bukan sahaja bercanggah dengan perlembagaan malah kebenaran penjawat awam untuk terlibat dalam mana-mana parti politik dilihat bercanggah kerana berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Penjawat Awam Bil. 9/2010 yang membenarkan penjawat awam untuk berpolitik dan telah berkuatkuasa sejak 1 Ogos 2010.
.
“Lumrah apabila ada penjawat awam dalam kalangan guru sebagai contoh memilih jalur untuk menyertai politik bersama pembangkang, bererti ada beza pandangan yang ketara untuk diwar-warkan kepada umum dalam hasrat untuk bersama secara langsung melakukan perubahan yang lebih baik dan ini seharusnya tidak perlu disekat oleh mana-mana kerajaan yang memerintah,” ujarnya dalam kenyataan.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Mahadzir antara lain menyebut Kementerian (pendidikan) tidak berhasrat mengganggu warga pendidik terbabit sehingga perlu dipecat daripada perkhidmatan tetapi meminta mereka bertindak secara profesional selaku penjawat awam.
“Ternyata dari pernyataan di atas adalah gambaran ugutan secara halus yang cuba disampaikan oleh menteri pendidikan tersebut yang jelas bertentangan dengan nilai yang dibina dalam sistem demokrasi tanahair.
.
“Pun begitu bukanlah kesemua guru yang berbeza pandangan itu menyertai politik bersama pembangkang, ada yang berkecuali dalam aspek kepartian dan hanya menyatakan beza pandangan ke atas sistem kerana mereka adalah kesan ataupun mangsa atas sistem yang rosak,” ujarnya.
.
Justeru kata Mohd Asyraf Mustaqim yang juga Exco Pendidikan Bersatu ini lagi, kerajaan perlu mendengar dan lebih terbuka menerima kritikan daripada penjawat awam khususnya dalam kalangan guru.
“Ini kerana mereka yang berada di lapangan dan menerima impak terhadap kelompongan sistem untuk mereka memainkan peranan dalam membangun masyarakat.
“Ini tidak, mereka dijadikan musuh. Maka perlakuan sebegini yang berulang-kali dilakukan perlu dihentikan.
“Pemuda Harapan, menyarankan dikalangan guru yang merasakan diri menjadi mangsa untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) atau Suara Rakyat Malaysia (Suaram) demi membela hak asasi mereka sebagai guru dan penjawat awam.
.
“NUTP juga perlu memainkan peranan untuk menjaga hak guru, dan seharusnya menjadi ejen pendesak utama malah dengan lebih lantang membongkar permasalahan yang dihadapi guru demi melihat penambah-baikan dalam kecurangan sistem,” tegasnya.
Demikianlah Artikel Hentikan ugut guru, penjawat awam, desak Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Hentikan ugut guru, penjawat awam, desak Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hentikan ugut guru, penjawat awam, desak Pemuda PH beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/hentikan-ugut-guru-penjawat-awam-desak.html