Hj.Hadi: PAS "Mungkin" Bentuk Kerajaan Campuran Dengan Parti Lain beritamalay3.blogspot.com

Hj.Hadi: PAS "Mungkin" Bentuk Kerajaan Campuran Dengan Parti Lain beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hj.Hadi: PAS "Mungkin" Bentuk Kerajaan Campuran Dengan Parti Lain beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hj.Hadi: PAS "Mungkin" Bentuk Kerajaan Campuran Dengan Parti Lain beritamalay3.blogspot.com
link : Hj.Hadi: PAS "Mungkin" Bentuk Kerajaan Campuran Dengan Parti Lain beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Hj.Hadi: PAS "Mungkin" Bentuk Kerajaan Campuran Dengan Parti Lain beritamalay3.blogspot.com

SHAH ALAM: Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak kemungkinan PAS akan bergabung dengan parti lain untuk membentuk kerajaan campuran selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Kita akan bertanding lebih 130 kerusi (daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen) sekurang-kurangnya (untuk) dapat ‘simple majority’.
“PAS mahu bentuk kerajaan atau menyertai pembentukan kerajaan, bukan lagi sebagai pembangkang yang lemah selepas PRU,” katanya tanpa memaklumkan parti politik pilihan PAS, ketika berucap di Himpunan Fastaqim 2.4 dan pelancaran jentera pilihan raya PAS Selangor di Stadium JKR Seksyen 17, hari ini.
Minggu lalu, Harakah Daily melaporkan Hadi menjangkakan tiada parti yang mampu memenangi kerusi secukupnya untuk membentuk kerajaan pada PRU14.
Katanya, parti lain yang ingin menubuhkan kerajaan perlu bergantung kepada PAS, jika mereka boleh memenangi 40 kerusi Parlimen.
“Walaupun parti lain ada 100 kerusi, 80 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan kena ada minima 112 kerusi.
“Jika PAS ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini kita (PAS) ada pengaruh dan boleh minta macam-macam,” katanya dipetik portal PAS itu pada 12 Januari lalu.
Pada PRU13, PAS memenangi 21 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya, tetapi 6 daripada 21 ahli Parlimennya kini melompat ke Amanah dan ia turut kehilangan satu lagi kerusi Parlimen di Pokok Sena apabila Datuk Mahfuz Omar keluar parti awal tahun ini.
Mengenai keadaan di Selangor, Hadi berkata, PAS akan bertanding di sebanyak mungkin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menawan negeri itu.
“Segala kemungkinan boleh berlaku, boleh jadi kita sendiri, boleh jadi kita (bentuk kerajaan negeri) campuran.
“Soal siapa calon Menteri Besar Selangor juga kita tidak perlu bincang, sistem pilihan raya Malaysia bukan Amerika Syarikat nak ada calon Presiden, kita ikut calon yang menang dan kita belum tahu siapa menang.
“Nanti kalau kita umum calon Menteri Besar, calon itu kalah tidak guna juga pendekatan itu.”
Katanya, walaupun Amanah dianggap sebagai parti nyamuk yang tidak memberi sebarang ancaman kepada PAS di Selangor, mereka tidak akan memandang mudah kewujudan parti serpihan itu.
“Bagi kita itu (Amanah) sudah jadi parti nyamuk. Jadi, nyamuk ni walaupun seekor kita tak boleh tidur jugak.
“Kita akan tangani, rakyat Selangor boleh tangani, kita cuma lihat bagaimana parti ini ditentukan dalam Pakatan Harapan, itu semua kita dapat lihat semua.”
Pada PRU13, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerajaan negeri apabila memenangi 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.
DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14 kerusi. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.
Sementara itu, Hadi yang juga ahli Parlimen Marang mengulangi pendirian PAS tetap menganggap Umno sebagai musuh politik dan hanya akan bekerjasama dalam isu kepentingan Islam.
“Bukan sahaja Amanah, UMNO pun kita kena kalahkan juga,” katanya yang menafikan dakwaan beliau menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengatur strategi PRU14.
“Saya rasa ia tidak berpijak…Kalau bincang isu Palestin, Rohingya itu boleh.”
Sejak 2015, Najib dan Hadi sudah 2 kali berkongsi pentas sama dalam memperjuangkan isu berkaitan orang Islam.
Najib dan Hadi memakai baju Melayu warna sama ketika menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia yang diadakan di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur, pada 17 Disember 2015.
Setahun kemudian, mereka sekali lagi muncul di pentas sama dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, pada 4 Disember 2016, bagi membantah penindasan kerajaan Myanmar ke atas etnik minoriti itu.
Najib dilaporkan berkata, kehadiran Hadi dalam himpunan itu tidak bermakna UMNO bekerjasama dengan parti Islam itu dari segi politik.
Pada 11 Mei 2017, Najib dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil, meraikan hubungan mesra UMNO dan PAS dengan memetik kata-kata Hadi yang menyifatkan kerjasama mereka sebagai “amalan politik matang”. #sumber


Demikianlah Artikel Hj.Hadi: PAS "Mungkin" Bentuk Kerajaan Campuran Dengan Parti Lain beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Hj.Hadi: PAS "Mungkin" Bentuk Kerajaan Campuran Dengan Parti Lain beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hj.Hadi: PAS "Mungkin" Bentuk Kerajaan Campuran Dengan Parti Lain beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/hjhadi-pas-mungkin-bentuk-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates: