Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas beritamalay3.blogspot.com

Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas beritamalay3.blogspot.com
link : Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas beritamalay3.blogspot.com

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Kumpulan “Ayah Nun” yang aktif mengedar dan menjual air ketum di sekitar ibu kota tumpas selepas polis menahan empat lelaki dipercayai anggota kumpulan itu di Taman Setapak di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata kesemua suspek berumur 21 hingga 56 tahun itu ditahan selepas didapati menjual air ketum pada harga RM10 satu peket.

Beliau berkata hasil maklumat awam, polis telah menyerbu sebuah rumah di Setapak pada 3.45 petang Isnin dan merampas 96 bungkusan plastik daun ketum seberat 96 kilogram, 217 plastik disyaki air ketum seberat 173.6 liter dan satu besen besar daun ketum seberat 20 kilogram.

“Hasil siasatan mendapati kumpulan berkenaan telah aktif selama tiga bulan dan ia dijual kepada individu di pasar-pasar sekitar Kuala Lumpur serta digunakan bagi menggantikan ketagihan dadah.

“Kami dapati kesemua suspek memperoleh daun ketum daripada negeri sebelah utara dan ia dipercayai dibawa (ke ibu kota) menggunakan penghantaran bas ekspres dalam kuantiti 50 sehingga 60 kilogram bagi diproses menjadi air ketum,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mazlan berkata siasatan juga mendapati kumpulan itu turut dibantu oleh ejen-ejen di ibu kota bagi memproses dan menjual air ketum.

“Oleh yang demikian, saya menasihatkan kepada semua pengusaha bas ekspres agar memeriksa barangan penumpang bas yang dicurigai supaya mereka tidak menjadi tunggangan untuk menghantar daun ketum.

“Kesemua suspek kini direman selama seminggu sehingga Ahad ini di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya sambil menambah jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM6,376.

Sementara itu, Mazlan juga berkata sebanyak 1,236 individu ditahan kerana kesalahan berkaitan dadah dalam 74 serbuan di pusat hiburan di ibu negara bagi tempoh sepanjang Januari hingga Disember tahun lepas.

Beliau berkata penahanan itu membabitkan 777 lelaki dan 459 wanita.

“Selain itu, polis turut membuat rampasan dadah dianggarkan bernilai sebanyak RM82,117,” katanya.–Bernama



Demikianlah Artikel Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/jual-air-ketum-kumpulan-ayah-nun-tumpas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :