Judul : Kecewa Dengan Mahathir, Lebih 200 Ahli PKR Keluar Parti beritamalay3.blogspot.com
link : Kecewa Dengan Mahathir, Lebih 200 Ahli PKR Keluar Parti beritamalay3.blogspot.com
Kecewa Dengan Mahathir, Lebih 200 Ahli PKR Keluar Parti beritamalay3.blogspot.com
Kecewa PKR berkerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, lebih 200 orang ahli parti Keadilan keluar parti dan menyertai parti baharu, Parti Bersatu Malaysia (MU) .
Jurucakap kumpulan itu, Lim Boon Miin, bekas penolong ketua Cabang PKR Jelutong, yang menyertai PKR sejak PRU 2008 berkata ‘Reformasi’ telah menyimpang dari laluan awalnya, selepas parti Keadilan mula bekerjasama dengan Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Tambahnya, ia semakin bertambah teruk apabila PKR kini menjadi sebuah parti yang kehilangan suara kerana dikawal DAP.
“Apa gunanya kami berada dalam PKR apabila suara kami tidak didengari ? Kami kecewa dan perkara terbaik untuk kami lakukan adalah meninggalkan parti dan melawan dari luar.
“Kami yakin lebih rami orang akan mengikut keputusan kami untuk meninggalkan parti tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di pejabat MU hari ini.
Mengulas lanjut, Boon Miin berkata mereka yang memutuskan untuk meninggalkan parti juga kecewa dengan perbalahan dalaman Pakatan Harapan, dengan jelas menunjukkan tanda-tanda keretakan dan kekurangan persefahaman antara satu sama lain.
“Kami tidak boleh menerima hakikat bahawa DAP, terutama di Pulau Pinang, yang membezakan antara ADUN-ADUN PKR di negeri ini.
“Kami juga kecewa dengan kekurangan konsistensi PKR Selangor, dengan mengetepikan perjuangan awal dan menyokong DAP.”
Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap PKR yang disifatkannya sudah kehilangan hala tuju.
“Ia menyakitkan kami melihat PKR telah kehilangan hala tuju.
“PKR ditubuhkan untuk memerangi Dr Mahathir atas perlakuan yang tidak berperikemanusiaannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sekarang, parti itu bekerja dengan lelaki yang sama,” katanya.
Sementara itu, presiden MU, Tan Gin Theam berkata, semakin ramai ahli keluar parti dan menolak Pakatan Harapan (PH) membuktikan mereka semakin sedar bahawa PH kini telah mati dan hanya tinggal pada nama.
“Kesedaran mereka berpunca daripada fakta bahawa DAP telah menjadi autokratik dan diktator dalam keputusannya, dan sentiasa membuli serta menindas rakan Pakatan Harapan mereka,” katanya.
Demikianlah Artikel Kecewa Dengan Mahathir, Lebih 200 Ahli PKR Keluar Parti beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Kecewa Dengan Mahathir, Lebih 200 Ahli PKR Keluar Parti beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kecewa Dengan Mahathir, Lebih 200 Ahli PKR Keluar Parti beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/kecewa-dengan-mahathir-lebih-200-ahli.html