Judul : Khairuddin ikrar setia kepada PAS, walaupun tiada jawatan beritamalay3.blogspot.com
link : Khairuddin ikrar setia kepada PAS, walaupun tiada jawatan beritamalay3.blogspot.com
Khairuddin ikrar setia kepada PAS, walaupun tiada jawatan beritamalay3.blogspot.com
Khairuddin Othman menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan PAS di peringkat pusat untuk menentukan kedudukannya dalam parti Islam itu, termasuk sama ada beliau akan dicalonkan pada PRU14.
PETALING JAYA: Walaupun digugurkan sebagai ahli jawatankuasa (AJK) PAS Selangor, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berikrar akan terus bersama parti Islam itu.
“Saya sekarang tidak memegang apa-apa jawatan (dalam parti) dan kini sebagai ahli biasa.
“Saya tetap membawa mandat PRU13 (pilihan raya umum ke-13), iaitu mendokong kerajaan Selangor,” katanya kepada FMT hari ini.
Sabtu lalu, Khairuddin dilaporkan digugurkan 2 bulan lalu, selepas hanya kira-kira 3 atau 4 bulan beliau dilantik sebagai AJK PAS Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan menyusun barisan kepimpinan negeri itu pada 9 Mei lalu dengan melantik Khairuddin sebagai AJK dan jawatan setiausaha disandangnya diberikan kepada Abdul Halim Omar.
Sallehen berkata, Khairuddin digugurkan kerana gagal menghadiri mesyuarat AJK negeri.
Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, pengguguran Khairuddin yang juga bekas setiausaha PAS Selangor adalah pengurusan organisasi biasa.
Bagaimanapun, Hadi enggan mengesahkan sama ada Khairuddin akan dicalonkan PRU14.
Mengulas lanjut, Khairuddin menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan PAS di peringkat pusat untuk menentukan kedudukannya dalam parti itu, termasuk sama ada beliau akan dicalonkan pada PRU14.
“Kedudukan saya, saya serahkan kepada PAS pusat, seperti kenyataan tuan guru presiden,” katanya merujuk kepada Hadi.
Demikianlah Artikel Khairuddin ikrar setia kepada PAS, walaupun tiada jawatan beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Khairuddin ikrar setia kepada PAS, walaupun tiada jawatan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khairuddin ikrar setia kepada PAS, walaupun tiada jawatan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/khairuddin-ikrar-setia-kepada-pas.html