Judul : Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin beritamalay3.blogspot.com
link : Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin beritamalay3.blogspot.com
Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin beritamalay3.blogspot.com
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah bekas Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd. Anas Sudin terhadap Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan memfitnahnya.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu menurut peguam Rosli Dahlan yang mewakili Muhyiddin selepas membenarkan permohonan pihaknya atas alasan antaranya, tuntutan tersebut tiada kausa tindakan (tiada asas) yang munasabah, remeh dan menyusahkan serta menyalahgunakan proses mahkamah.
Saman tersebut dibatalkan dengan kos RM5,000.
Terdahulu Mohd. Anas memfailkan saman itu pada 6 Jun tahun lalu, untuk menuntut ganti rugi RM10 juta kerana mendakwa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah mengaibkannya sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran ‘lalang’ dan ‘tupai’.
Mohd. Anas selaku pihak plaintif dalam samannya mendakwa, telah mengadakan sidang media pada 5 April tahun lalu, bagi mengumumkan 500 ahli PPBM keluar parti disebabkan tidak berpuas hati terhadap Muhyiddin yang dinamakan sebagai pihak defendan yang mengamalkan konsep kronisme dalam parti.
Berikutan daripada pengumuman oleh pihak plaintif itu, pihak defendan telah mengeluarkan satu kenyataan di luar lobi Parlimen pada keesokkan harinya sebagai menjawab soalan yang timbul dalam sidang media pihaknya.
Menurut plaintif, kenyataan pihak defendan antaranya, menggambarkan beliau seorang yang tidak jujur, tidak berkelayakan dan tidak berprinsip sehingga mencetuskan kebencian umum ahli-ahli dalam PPBM.
Demikianlah Artikel Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah batal saman Mohd Anas terhadap Muhyiddin beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/mahkamah-batal-saman-mohd-anas-terhadap.html