Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com
link : Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KANGAR: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyelar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyalahkan para mufti sebagai punca tercetusnya peristiwa berdarah Memali pada 1985.  
 
Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak berasas, Hashim menambah ia sekali gus menunjukkan bekas Perdana Menteri itu sudah lupa dengan situasi sebenar kejadian tersebut.
 
Hashim turut menyoal sama ada Dr Mahathir sedar bahawa Majlis Fatwa dan juga para mufti telah memberi pandangan bahawa 'Amanat Hadi' sebenarnya bukan mengkafirkan orang Islam sehingga boleh mencetuskan perpecahan pada masa itu.
 
Sebaliknya kata beliau, ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika itu adalah menyentuh secara umum dengan berpandukan al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh.
 
“Tetapi hari ini, Dr Mahathir terus mengaitkan Allahyarham Ibrahim Libya dengan keganasan disebabkan amanat Haji Hadi. Saya lihat tidak betul langsung,” katanya dipetik Utusan Online.
 
Beliau mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang menyalahkan para mufti kerana tidak 'menegur' PAS sehingga mewujudkan 'Amanat Hadi' yang mendorong kepada peristiwa Memali.
 
Tambah Hashim, beliau percaya rakyat boleh menilai siapa sebenarnya Dr Mahathir ketika zaman pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.
 
“Kita dapat lihat apa yang berlaku pada zaman dia (Dr Mahathir) di mana anak dan cucunya kaya-raya,” katanya.
 
Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.
 
Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
 
PAS sebelum ini menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi merungkai peristiwa itu supaya rakyat mengetahui kejadian sebenar.
 
 


Demikianlah Artikel Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/memali-tun-m-lupa-situasi-sebenar.html

Subscribe to receive free email updates: