Judul : Persempadanan semula: BN Selangor kecewa SPR 'tunduk' pada kerajaan negeri beritamalay3.blogspot.com
link : Persempadanan semula: BN Selangor kecewa SPR 'tunduk' pada kerajaan negeri beritamalay3.blogspot.com
Persempadanan semula: BN Selangor kecewa SPR 'tunduk' pada kerajaan negeri beritamalay3.blogspot.com
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tunduk kepada tekanan kerajaan negeri itu apabila melakukan persempadanan semula kali kedua membabitkan semua kerusi, yang dilihat menguntungkan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar juga menempelak SPR sebagai tidak membuat kajian dengan lebih teliti berhubung persempadanan semula itu, selepas syor kali pertamanya mendapat bantahan.
Justeru, BN Selangor akan membuat bantahan sebelum 14 Februari ini mengikut ketetapan dan aturan yang ditetapkan perlembagaan, ujar Noh.
"Mesyuarat Umno dan perbincangan saya dengan pimpinan BN, kami telah pun merasa amat terkilan dan juga tidak berpuas hati dengan pameran syor yang kedua ini dan Umno Selangor khususnya telah buat ketetapan bahawa kita akan buat bantahan syor yang kedua ini kerana kita amat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh SPR.
"Saya rasa hairan bagaimanakah pendirian SPR, sebelum syor yang kedua ini, mereka telah membuat syor yang pertama, adakah waktu membuat syor yang pertama dahulu SPR tidak membuat kajian dengan teliti sehinggakan apabila syor yang pertama itu dibuat bantahan, dan bantahan ini datangnya kebanyakannya dari pihak kerajaan negeri maka kita tengok SPR seolah-olahnya tunduk dan bersetuju dengan hujah-hujah dan syor yang dikemukakan kerajaan negeri.
"Adakah SPR rasa tergugat dengan desakan daripada pihak kerajaan negeri yang kita tahu pihak kerajaan negeri membawa kes ini hingga ke mahkamah," katanya dalam satu sidang media di pejabat Bangunan Umno Selangor, petang tadi.
SPR beberapa hari lalu mengemukakan notis atau syor kedua kajian semula persempadan bahagian pilihan raya bagi negeri Selangor di akhbar-akhbar utama.
Kajian yang dipamerkan dalam dua muka surat penuh di akhbar Utusan Malaysia itu memaklumkan pertukaran nama Parlimen Serdang kepada Bangi dan DUN Batu Caves kepada Sungai Tua, Chempaka kepada Pandan Indah, Teluk Datuk kepada Banting dan Bangi kepada Sungai Ramal.
Sebelum ini, persempadanan semula bahagian pilihan raya Selangor diheret kontroversi selepas kerajaan negeri gagal membuat semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tindakan SPR itu tidak mengikut Perlembagaan.
Demikianlah Artikel Persempadanan semula: BN Selangor kecewa SPR 'tunduk' pada kerajaan negeri beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Persempadanan semula: BN Selangor kecewa SPR 'tunduk' pada kerajaan negeri beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Persempadanan semula: BN Selangor kecewa SPR 'tunduk' pada kerajaan negeri beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/persempadanan-semula-bn-selangor-kecewa_75.html