PPBM sudah ikut apa yang RoS mahukan, kata Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat
BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM sudah ikut apa yang RoS mahukan, kata Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Info Malay,
Artikel Malay News,
Artikel Malay Terkini,
Artikel Politik,
Artikel Trending,
Artikel Video,
Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
PPBM sudah ikut apa yang RoS mahukan, kata Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.comlink :
PPBM sudah ikut apa yang RoS mahukan, kata Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com
PPBM sudah ikut apa yang RoS mahukan, kata Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: PPBM sudah mengikut ketetapan Jabatan Pendaftaran (RoS) dengan mengadakan mesyuarat agung tahunannya (AGM), 30 Disember lalu, demikian tegas ketua pemudanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau bagaimanapun tidak memerincikan adakah pemuda PPBM di peringkat Bahagian atau Cawangan mengadakan mesyuarat untuk memilih perwakilan bagi menghadiri AGM partinya itu.
Syed Saddiq sebelum itu ditanya perihal bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Othman yang bertanyakan bagaimana sayap pemuda parti itu memilih perwakilan bagi menghadiri AGM sedangkan tiada mesyuarat di peringkat Bahagian dibuat.
"Itu (mesyuarat pilih perwakilan) kita dah ikut cadangan RoS, kita ikut apa yang RoS katakan, dan kita akur dengan apa yang RoS katakan dan rasanya RoS lebih tahu.
"Kita ikut apa yang sudah kita bincangkan dengan RoS, itu yang paling penting," katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos.
30 Disember lepas, PPBM mengadakan AGM pertamanya yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, selepas berdepan ancaman pembubaran parti oleh RoS.
RoS sebelum itu menyenaraikan tiga kesalahan PPBM yang merisikokan parti itu dibubarkan. Pertama tidak mengadakan AGM parti selepas setahun ditubuhkan, kedua menangguhkan AGM tanpa mengikut perlembagaan dan ketiga menamakan sayap pemuda sebagai Armada, juga melanggar akta yang digubal mereka sendiri.
Ketiga-tiga kesalahan itu, jika tidak ditangani PPBM akan menyebabkan pendaftaran partinya terbatal, dakwa RoS.
Syed Saddiq dalam pada itu turut memaklumkan PPBM akur untuk tidak memakai nama Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) buat sementara waktu sehingga perkara itu diuruskan mengikut kehendak RoS.
"Sekarang kita gunakan pemuda untuk sementara waktu, kita pun akur dengan keputusan RoS, jadi kita ikut dulu," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim memberitahu bahawa PPBM boleh diharamkan jika terus menggunakan nama Armada untuk sayap pemudanya.
Surayati berkata ia kerana istilah Armada tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan parti itu, justeru melanggar Akta Pertubuhan 1966.
Kemelut yang dihadapi PPBM ini turut mengheret Pakatan Harapan (PH) apabila ia menggangu proses pendaftaran gagasan itu untuk bernaung di bawah satu logo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Selain masalah PPBM, PH juga terkesan dengan krisis dalaman DAP yang menyaksikan parti itu perlu mengadakan semula pemilihan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) November lalu, selepas pemilihan terdahulunya dibuktikan tidak sah oleh RoS.
Demikianlah Artikel PPBM sudah ikut apa yang RoS mahukan, kata Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel PPBM sudah ikut apa yang RoS mahukan, kata Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM sudah ikut apa yang RoS mahukan, kata Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/ppbm-sudah-ikut-apa-yang-ros-mahukan.html
Related Posts :
Status Baitulmaqdis kekal - PBB beritamalay3.blogspot.comANTARAPOS
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempertimbangkan resolusi draf mendapati … Read More...
Batal IMAMS jangan sekadar gimik politik - PAS beritamalay3.blogspot.comOleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: PAS berharap kerajaan tidak akan melakukan 'U-turn' dengan kembali melaksanakan sistem 'Inte… Read More...
Kanak-kanak bekas penghidap sakit jantung tawan Gunung Santubong beritamalay3.blogspot.com
Bernama
Siti Nur Intan Hidayah Azhar, 9, menangis apabila berjaya sampai di puncak kerana tidak menyangka mampu berbuat demik… Read More...
Sultan Selangor: JAKIM perlu patuh dasar MAIS SELANGOR December 13, 2017 4:00 pm 90 OLEH SHEEDA FATHIL KLANG, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berkhidmat di negeri itu, supaya patuh dengan dasar dan garis panduan ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sultan Sharafuddin bertitah, pegawai JAKIM perlu memberi ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada baginda selaku Ketua Agama Islam, di Selangor sepanjang tempoh berkhidmat walaupun menerima gaji dan elaun daripada Kerajaan Persekutuan. Baginda turut bertitah semua perkara berkaitan hal ehwal Agama Islam negeri terletak sepenuhnya, di bawah kuasa pertimbangan baginda. “Beta ingin mengingatkan JAKIM yang bertindak sebagai badan agama di peringkat Persekutuan hanya berfungsi selaku agensi pusat yang berperanan menyelaras perkara berkaitan agama Islam antara negeri, di Malaysia. “Setiap satu dasar berkaitan agama Islam daripada JAKIM sebagai contohnya isu persijilan halal, zakat, pemakaian sesuatu fatwa, wakaf dan sebagainya yang ingin dilaksanakan di negeri ini perlu merujuk kepada MAIS terlebih dahulu. “MAIS sebagai badan penasihat agama Islam kepada Beta sebelum perkara ini diangkat untuk dilulus dan dilaksanakan,” titah baginda. Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Imam Masjid-masjid Seluruh Negeri Selangor, di Istana Alam Shah, Klang, hari ini. Pada majlis sama, baginda turut berkenan menerima wakaf RM5 juta daripada Kerajaan Negeri bagi pembinaan Masjid Denai Alam, Shah Alam. Selain itu, Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut memberi tanah wakaf seluas 10 ekar bernilai RM74 juta khas bagi pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor. beritamalay3.blogspot.comOLEH SHEEDA FATHIL
KLANG: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jab… Read More...
Terima kasih Hadi kerana prihatin - ADUN Umno P.Pinang beritamalay3.blogspot.comOleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Umno Pulau Pinang menghargai keprihatinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang lant… Read More...