PPBM Termerloh lebih pandai daripada RoS, sindir Tun M beritamalay3.blogspot.com

PPBM Termerloh lebih pandai daripada RoS, sindir Tun M beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM Termerloh lebih pandai daripada RoS, sindir Tun M beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM Termerloh lebih pandai daripada RoS, sindir Tun M beritamalay3.blogspot.com
link : PPBM Termerloh lebih pandai daripada RoS, sindir Tun M beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PPBM Termerloh lebih pandai daripada RoS, sindir Tun M beritamalay3.blogspot.com

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Ketua Bahagian PPBM Temerloh, Amerus Che Onn yang mendahului Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) apabila mendakwa mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu tidak sah.
 
Sehubungan itu beliau mencabar Amerus untuk menggesa RoS mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.
 
“Minta dia (Amerus) suruh RoS keluarkan kenyataan rasmi nyatakan ia tak sah. RoS tak kata apa-apa tapi orang ini lebih pandai dari RoS,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Amerus yang membuat laporan kepada RoS semalam bagi menggesa pertubuhan itu membuat siasatan terperinci terhadap AGM pertama parti pada Sabtu lalu yang didakwanya tidak mengikut perlembangaan parti.
 
Menurut Amerus, AGM pada Sabtu lalu dilihat ‘syok sendiri’ kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
 
Amerus turut merujuk kepada ketiadaan perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. 
 
Amerus juga mendakwa AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.
 
Sabtu lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS.
 
RoS sebelum ini memberi amaran kepada parti itu kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.
 
Malah masalah yang membelenggu PPBM  itu turut mengheret PH sehingga menyebabkan pendaftarannya sebagai gabungan parti politik yang sah masih belum diluluskan sehingga kini.
 
Justeru Dr Mahathir berkata, dengan penganjuran AGM pada Sabtu lalu maka kerajaan tidak ada sebab untuk menghalang kelulusan pendaftaran PH. 
 
“Sebenarnya tak ada halangan langsung.. semua yang dikehendaki telah kita beri. Bila mereka kata ada masalah dengan PPBM dan DAP, beritahulah masalah dan kita boleh betulkan. 
 
“Kita bukan nak tentang kerajaan, kita nak kerajaan berani mendaftarkan,” katanya.
 
 


Demikianlah Artikel PPBM Termerloh lebih pandai daripada RoS, sindir Tun M beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PPBM Termerloh lebih pandai daripada RoS, sindir Tun M beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM Termerloh lebih pandai daripada RoS, sindir Tun M beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/ppbm-termerloh-lebih-pandai-daripada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :