Judul : Saudi benar wanita asing tanpa mahram, tapi usia 25 tahun ke atas sahaja beritamalay3.blogspot.com
link : Saudi benar wanita asing tanpa mahram, tapi usia 25 tahun ke atas sahaja beritamalay3.blogspot.com
Saudi benar wanita asing tanpa mahram, tapi usia 25 tahun ke atas sahaja beritamalay3.blogspot.com
Pelancong wanita ke negara itu diwajibkan ditemani seorang mahram.
PETALING JAYA: Kerajaan Arab Saudi bersetuju mengeluarkan visa kepada pelancong wanita yang hendak mengunjung negara itu berseorangan, dengan syarat mereka perlu berusia 25 tahun ke atas, lapor Arab News.
Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) berkata mereka yang lebih muda daripada itu mesti ditemani seorang mahram jika ingin memasuki negara tersebut.
“Visa pelancong itu akan menjadi visa kemasukan sahaja dan ia sah digunakan dalam tempoh maksimum 30 hari.
“Visa ini ditambah kepada visa sedia ada kerajaan. Ia sah digunakan untuk bekerja, melancong serta mengerjakan haji dan umrah,” kata jurucakap.
Ia merupakan antara yang terkandung dalam sistem baharu pengeluaran visa pelancongan bermula pada suku pertama tahun ini.
Arab Saudi mengenakan undang-undang ketat terhadap wanita, di mana wanita jemaah haji dan umrah juga perlu ditemani oleh seorang anggota mahram sebelum visa diluluskan.
Demikianlah Artikel Saudi benar wanita asing tanpa mahram, tapi usia 25 tahun ke atas sahaja beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Saudi benar wanita asing tanpa mahram, tapi usia 25 tahun ke atas sahaja beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saudi benar wanita asing tanpa mahram, tapi usia 25 tahun ke atas sahaja beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/saudi-benar-wanita-asing-tanpa-mahram.html