Judul : Terowong dasar laut: Reman dua 'Datuk' disambung lima hari beritamalay3.blogspot.com
link : Terowong dasar laut: Reman dua 'Datuk' disambung lima hari beritamalay3.blogspot.com
Terowong dasar laut: Reman dua 'Datuk' disambung lima hari beritamalay3.blogspot.com
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Tempoh reman dua individu bergelar ‘Datuk’ yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, disambung selama lima hari lagi bermula hari ini.
Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan oleh Majistret Khir Nizam Jemari di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Terdahulu, kedua-dua suspek itu tiba secara berasingan di mahkamah tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tangan bergari.
Minggu lalu, seorang individu yang menjawat jawatan sebagai timbalan pengerusi sebuah syarikat hartanah dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, manakala seorang lagi individu pula yang merupakan pengarah eksekutif kanan di sebuah syarikat hartanah direman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.
Kedua-dua suspek itu sebelum ini direman selama enam hari sehingga hari ini.
Penahanan mereka dibuat susulan daripada serbuan SPRM ke beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdu Razak (Komtar), 9 Januari lalu, berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut.
Turut diserbu dalam operasi itu adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang.
Demikianlah Artikel Terowong dasar laut: Reman dua 'Datuk' disambung lima hari beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Terowong dasar laut: Reman dua 'Datuk' disambung lima hari beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Terowong dasar laut: Reman dua 'Datuk' disambung lima hari beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/terowong-dasar-laut-reman-dua-datuk.html