Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas beritamalay3.blogspot.com

Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas beritamalay3.blogspot.com
link : Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas beritamalay3.blogspot.com

 
Timbalan perdana menteri berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan Liga Muslim Dunia untuk berkongsi kejayaan 97.5% melaksanakan program deradikalisasi.


ahmad-zahid-hamidi-persidangan-1

PUTRAJAYA: Malaysia sedia berkongsi kejayaan program deradikalisasi untuk memulihkan pengganas dengan negara lain bagi memperluaskan usaha memerangi keganasan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri dalam negeri itu berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dari Arab Saudi, Rabitah Al-Alam Al-Islami (Liga Muslim Dunia) untuk berkongsi pengalaman itu, susulan penganjuran Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018.

“Ini bagi berkongsi kejayaan 97.5% program deradikalisasi yang telah dilaksanakan di negara ini.

“Dalam hal ini, kita bukan sahaja tekankan kaedah yang dilaksanakan polis dan tentera, tetapi juga cara menangani minda dan jiwa mereka yang terlibat dalam aktiviti ini,” katanya selepas menghadiri PISD 2018 hari ini.

Dialog 2 hari bertemakan “Kebijaksanaan dan Kesederhanaan Dalam Membanteras Keganasan” itu bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai negara moden dan progresif di barisan depan dalam membanteras keganasan dan ideologi ekstremisme.

Menteri dan timbalan menteri dari 20 negara termasuk Arab Saudi, Australia, Britain, Perancis dan Indonesia bersama kira-kira 1,000 peserta tempatan dan asing menghadiri dialog anjuran Kementerian Dalam Negeri dan Liga Dunia Islam.

Sementara itu, Zahid menyeru semua agama bersama membendung ancaman kumpulan ekstremis.

Timbalan perdana menteri sependapat dengan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa yang semua agama mempunyai kumpulan ekstremis sendiri.

“Justeru, soal pembendungan perlu dilakukan semua agama, termasuk Islam. Dalam hal ini, kita rasakan kerjasama dialog antarabangsa ini amat diperlukan.

“Kita bekerjasama dengan semua ulama dan cendekiawan yang terlibat dalam pelbagai bidang untuk menentukan soal ideologi dan pemikiran yang menjurus ke arah ekstremisme ini harus kita kembali kepada al-Quran dan hadis kerana itu pengajaran sebenarnya.”



Demikianlah Artikel Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/01/zahid-malaysia-sedia-kongsi-kejayaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :