Judul : [KENCING HARGA KERETA TURUN] analisa PAKAR KERETA tentang laporan ‘Harga Kereta Turun’ buat Najib, Tok Pa, Mat Maslan TERNGANGA beritamalay3.blogspot.com
link : [KENCING HARGA KERETA TURUN] analisa PAKAR KERETA tentang laporan ‘Harga Kereta Turun’ buat Najib, Tok Pa, Mat Maslan TERNGANGA beritamalay3.blogspot.com
[KENCING HARGA KERETA TURUN] analisa PAKAR KERETA tentang laporan ‘Harga Kereta Turun’ buat Najib, Tok Pa, Mat Maslan TERNGANGA beritamalay3.blogspot.com
Kalau anda sempat bangun pagi dan minum kopi sambil belek surat khabar BH Ahad (edisi Ahad bagi Berita Harian) semalam, pasti anda akan perasan satu laporan yang didakwa eksklusif dan terpampang besar di muka hadapannya – “Harga Kereta Turun”.
Secara umumnya, rajah yang digunakan untuk mengulas isu berkenaan memaparkan harga beberapa model terpilih yang dijadikan contoh, dengan dua garis masa yang diberi perhatian dengan sangat jelas – iaitu pada tahun 2013 dan harga terkini setakat tahun 2018.
Memetik laporan berkenaan, antara model-model yang dimaksudkan serta penurunan harga yang didakwa adalah seperti berikut; Perodua Alza (-14.18%, turun RM8,369.27), Proton Exora (-2.25%, turun RM1,509.67), Volkswagen Golf (-11.77%, turun RM20,000), Honda Jazz Hybrid (-8%, turun RM7,650), Perodua Myvi (-12.15%, turun RM6,124), Proton Preve (-20.77%, turun RM15,157.19), Proton Saga (-14.88%, turun RM6,220.71) dan Proton Persona (-15.59%, turun RM8,281.91).
Melihat kepada laporan berkenaan, tidak dapat tidak, kita akan bertanya; adakah laporan ini benar? Mungkin. Tetapi, kami mengambil langkah yang lebih lagi untuk meneliti dengan lebih terperinci angka-angka yang dinyatakan itu untuk melihat sejauh mana kesahihannya.
Terutama sekali kerana dalam tempoh yang dinyatakan itu (2013-2018), ada beberapa kali pengeluar terpaksa mengumumkan kenaikan harga (terutama disebabkan nilai matawang yang tinggi), begitu juga dengan kelengkapan penawaran yang berbeza-beza yang ada – jika perbandingan ingin dibuat, sewajarnya ia dilakukan terhadap penawaran bagi varian atau senarai spesifikasi yang hampir sama, agar lebih objektif.
Kita mulakan dengan Perodua Alza. Harga yang dirujuk, iaitu RM59,017 itu adalah bagi varian Alza 1.5 SE Manual. Dan, sekiranya dibandingkan dengan harga terakhir yang diumumkan bagi versi semasa Perodua Alza 1.5 Standard Manual (yang setara, bukan SE), penurunan hanya melibatkan 2.1%.
Bagi Proton Exora pula, harga yang dinyatakan iaitu RM67,212 adalah selepas kenaikan harga yang dimumkan pada tahun 2016, merupakan harga atas jalan dengan insurans yang kemudiannya dibandingkan dengan harga atas jalan terbaru tanpa insurans.
Pada tahun 2014, harganya ialah RM63,552.54, kemudian bagi tempoh 2015-2017 harganya menjadi RM64,498. Kini, harganya ialah RM65,702.33, tetapi dengan tambahan lebih banyak ciri dan kelengkapan.
Harga lama Volkswagen Golf yang dipetik pula terdapat kesilapan. Model Mk7 yang dilancarkan pada awal 2013 ialah RM157,888. Model Mk6 2013 ketika itu harganya sama. Harga baru yang dinyatakan pula adalah bagi varian 1.4 Comfortline, yang senarai kelengkapannya adalah kurang. Varian Highline sebenarnya lebih hampir dan setanding dari segi spesifikasi bagi berbandingan itu, dengan senarai kelengkapan yang lebih banyak dan dijual pada harga RM159,888.
Honda Jazz Hybrid pula, harga yang dinyatakan itu adalah bagi unit CBU, tanpa insurans, yang kemudiannya dibandingkan dengan Jazz Hybrid terkini, juga tanpa insurans. Jazz Hybrid sebelum ini dari versi CKD yang dilancarkan pada 2012 dijual pada harga RM87,404.50. Jadi, penurunan yang berlaku cuma 2.9% sahaja.
Sampai pula ke model paling popular, Perodua Myvi. Sekali lagi, harga lama yang dinyatakan itu adalah bagi model Myvi 1.3 SE AT yang dibandingkan dengan varian Myvi 1.3 Standard G MT. Pada tahun 2013, Myvi paling murah dijual pada harga RM40,650.45. Sekarang, Myvi paling murah ialah RM44,300, tetapi dengan tambahan lebih banyak kelengkapan (lampu LED, 4 beg udara – berbanding dua beg udara – kini juga dengan ciri VSA dan ABS).
Untuk Proton Preve, harga lama yang disebut itu ialah ketika pelancarannya dulu bagi model 1.6 CFE Premium, harga atas jalan termasuk insurans. Ini dibandingkan pula dengan harga Preve 1.6 NA Manual, harga atas jalan tanpa insurans. Ada perbezaan di situ, tentunya.
Proton Saga pula, harga lama yang digunakan untuk perbandingan itu ialah bagi varian 1.3 Executive MT atas jalan tanpa insurans berbanding varian baru 1.3 Standard MT tanpa insurans. Pada 2013, Saga paling murah ialah Saga 1.3 SV MT pada harga RM32,836.50. Kini, Saga 1,3 Standard MT dijual pada harga RM35,590.29, tetapi dengan ciri ABS.
Bagi Proton Persona pula, harga lama yang dipetik ialah dari varian 1.6 Executive AT atas jalan dengan insurans, dibandingkan pula dengan harga varian 1.6 Standard MT atas jalan tanpa insurans. Pada 2013, Persona paling murah ialah Persona SV MT pada harga RM44,007.50. Kini, varian paling murah ialah 1.6 Standard MT pada harga RM44,831.09, dengan tambahan ciri VSC.
Berdasarkan daripada pemerhatian yang dilakukan ini, secara umumnya, harga kereta (jika dibandigkan dengan model/varian/kelengkapan yang setara) tidaklah menyaksikan banyak penurunan seperti didakwa dalam laporan berkenaan. Proton dan Perodua misalnya kelihatan mengekalkan tanda harga yang ada, tetapi dengan tambahan ciri keselamatan dan kelengkapan lainnya sebagai nilai tambah.
Walaupun begitu, memang ada kes-kes di mana harga kereta menyaksikan penurunan yang ketara – ia melibatkan kereta dari jenama premium yang menerima insentif sebagai EEV CKD, seperti model-model keluaran Mercedes-Benz, BMW dan Volvo yang ada kini, terutama bagi model plug-in hybrid. -- https://paultan.org
Demikianlah Artikel [KENCING HARGA KERETA TURUN] analisa PAKAR KERETA tentang laporan ‘Harga Kereta Turun’ buat Najib, Tok Pa, Mat Maslan TERNGANGA beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel [KENCING HARGA KERETA TURUN] analisa PAKAR KERETA tentang laporan ‘Harga Kereta Turun’ buat Najib, Tok Pa, Mat Maslan TERNGANGA beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KENCING HARGA KERETA TURUN] analisa PAKAR KERETA tentang laporan ‘Harga Kereta Turun’ buat Najib, Tok Pa, Mat Maslan TERNGANGA beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/02/kencing-harga-kereta-turun-analisa.html