[ROS LULUS ATAU TIDAK] HARAPAN guna logo tunggal hadapi PRU14 beritamalay3.blogspot.com

[ROS LULUS ATAU TIDAK] HARAPAN guna logo tunggal hadapi PRU14 beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [ROS LULUS ATAU TIDAK] HARAPAN guna logo tunggal hadapi PRU14 beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [ROS LULUS ATAU TIDAK] HARAPAN guna logo tunggal hadapi PRU14 beritamalay3.blogspot.com
link : [ROS LULUS ATAU TIDAK] HARAPAN guna logo tunggal hadapi PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


[ROS LULUS ATAU TIDAK] HARAPAN guna logo tunggal hadapi PRU14 beritamalay3.blogspot.com


Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah bersedia untuk bertanding di bawah satu lambang, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau keputusan itu diambil pada mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.
Kata Dr Mahahir pendirian berkenaan diambil ketika Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih membisu mengenai status gabungan berkenaan.
"Ini adalah keputusan kami, iaitu semua parti (dalam HARAPAN) akan bertanding menggunakan satu logo.
"Sama ada permohonan pendaftaran kami diluluskan atau sebaliknya, kami akan menggunakan satu logo sebagai identiti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.


Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dan Pengerusi DAP Tan Kok Wai.
Langkah untuk mendaftarkan HARAPAN bermula sejak 24 Julai 2017 apabila mereka menghantar draf perlembagaan kepada ROS secara dalam talian.


Kata Dr Mahathir proses menggunakan perkhidmatan dalam talian itu dibuat atas persetujuan dan kehendak ROS sendiri.
Empat hari kemudian HARAPAN dinasihat supaya membuat ubah suai pada logo mereka bagi menampakkan nama penuh gabungan berkenaan.
Pada 30 Jan lalu Dr Mahathir memberitahu ROS masih tidak memberikan sebarang kata putus mengenai status pendaftaran HARAPAN dan mendakwa ia disengajakan untuk mengganggu persediaan gabungan terbabit menghadapi PRU ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya Ogos ini.
Akhirnya pada 21 Feb lalu Malaysiakini melaporkan HARAPAN memulakan proses perundangan bagi menyaman ROS kerana agensi terbabit didakwa gagal memberi maklum balas terhadap permohonan mereka untuk didaftarkan secara rasmi.
Kata Dr Mahathir semua parti bersetuju menggunakan lambang sama namun keputusan belum dibuat mengenai logo apa yang terpilih bagi mewakili calon-calon HARAPAN.
Pada masa sama kata beliau HARAPAN akan meneruskan proses perundangan ke atas ROS dan ia akan didengar di mahkamah pada Khamis ini. -MK



Demikianlah Artikel [ROS LULUS ATAU TIDAK] HARAPAN guna logo tunggal hadapi PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel [ROS LULUS ATAU TIDAK] HARAPAN guna logo tunggal hadapi PRU14 beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [ROS LULUS ATAU TIDAK] HARAPAN guna logo tunggal hadapi PRU14 beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/02/ros-lulus-atau-tidak-harapan-guna-logo.html

Subscribe to receive free email updates: