Judul : SPRM "Menahan" Ahli Perniagaan Terima "Rasuah" RM19 Juta Projek Terowong beritamalay3.blogspot.com
link : SPRM "Menahan" Ahli Perniagaan Terima "Rasuah" RM19 Juta Projek Terowong beritamalay3.blogspot.com
SPRM "Menahan" Ahli Perniagaan Terima "Rasuah" RM19 Juta Projek Terowong beritamalay3.blogspot.com
Suspek yang berumur 37 tahun itu dipercayai menerima wang berkenaan daripada sebuah syarikat selepas beliau dikatakan mampu “menyelesaikan” siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
Menurut sumber, pihak syarikat itu membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos tahun lepas.
“SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek mega di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meyakinkan sebuah syarikat bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
“Pembayaran sebanyak RM19 juta sudah dilakukan dengan pembayaran pertama sebanyak RM2 juta adalah pada bulan Julai tahun lalu di rumah suspek,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.
Menurut sumber, bayaran ke-2 iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan pada bulan sama dan pembayaran ke-3 dan terakhir pada Ogos tahun lepas.
“Suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 3.48 petang tadi selepas dipanggil memberi keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.
“Suspek akan dihadapkan ke mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman esok bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.
Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. #sumber
Demikianlah Artikel SPRM "Menahan" Ahli Perniagaan Terima "Rasuah" RM19 Juta Projek Terowong beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel SPRM "Menahan" Ahli Perniagaan Terima "Rasuah" RM19 Juta Projek Terowong beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM "Menahan" Ahli Perniagaan Terima "Rasuah" RM19 Juta Projek Terowong beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/02/sprm-menahan-ahli-perniagaan-terima.html