Judul : Tun Mahathir Dakwa Tak Pernah "Saman Orang" Selama 22 Tahun Jadi PM beritamalay3.blogspot.com
link : Tun Mahathir Dakwa Tak Pernah "Saman Orang" Selama 22 Tahun Jadi PM beritamalay3.blogspot.com
Tun Mahathir Dakwa Tak Pernah "Saman Orang" Selama 22 Tahun Jadi PM beritamalay3.blogspot.com
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa prinsip beliau ialah seorang pemimpin akan menghadapi pelbagai tuduhan daripada orang yang tidak menyukainya.
“Tanggungjawab saya pada masa itu adalah sebagai pemimpin dalam kerajaan adalah untuk membuktikan kepada orang ramai tentang perkhidmatan saya melalui tindakan betul dalam menerajui kerajaan.
“Respon saya pada setiap masa adalah untuk tidak ambil tindakan undang-undang di mahkamah tetapi membuktikan kebenaran melalui kerja dan tindak tanduk sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam penyata saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir hadir memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman anaknya, Datuk Seri Mukhriz terhadap bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung dakwaan pakatan sulit melibatkan Mukhriz dan Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Dr Mahathir yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata demikian di dalam kandang saksi di depan Hakim Datuk Nordin Hassan.
Defendan diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan tindakan saman oleh Mukhriz, beliau berkata anaknya berhak mengambil tindakan undang-undang kerana tiada cara lain mempertahankan dirinya daripada dakwaan yang mahu “menghancurkan politiknya secara salah”.
“Mestilah Mukhriz ada hak untuk saman dalam hal macam ini. Fitnah ini dibuat bukan pada masa Mukhriz menerajui kerajaan untuk membolehkan dia menangkis tohmahan itu melalui perbuatan dan perkhidmatan semasa dalam kerajaan,” katanya.
Mukhriz memfailkan saman pada Febuari 2017 dan mendakwa Tunku Aziz pada 30 Disember 2016 mengeluarkan kenyataan “Memang Wujud Pakatan Sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang” yang dilaporkan oleh sebuah blog.
Mukhriz berkata penafian terbuka dibuat pada Januari 2017, dan notis tuntutan dikemukakan kepada Tunku Aziz meminta beliau membuktikan kenyataannya atau berdepan tindakan undang-undang.
Namun beberapa hari kemudian Tunku Aziz menerbitkan atau menyebabkan terbit satu lagi kenyataan “Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah”.
Dr Mahathir memberitahu mahkamah bahawa 4 parti komponen PH bersetuju untuk menamakan dirinya sebagai calon perdana menteri mereka di satu konvensyen Januari tahun ini.
“Di manakah asasnya defendan dalam kenyataan bertarikh 30 Disember 2016 dan 3 Januari 2017 yang kononnya memperolehi maklumat daripada sumber-sumber kononnya boleh dipercayai…bahawa Mukhriz akan diangkat sebagai perdana menteri dan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri melalui ‘perjanjian rahsia’ atau ‘pakatan sulit’ diantara saya dengan Lim Kit Siang,” katanya.
PH menggandingkan Dr Mahathir dengan Presiden PRK Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon pertama gabungan itu sebagai Perdana Menteri.
Mahkamah akan bersambung dengan meneruskan sesi soal balas terhadap Tunku Abdul Aziz pada Khamis ini. #sumber
Demikianlah Artikel Tun Mahathir Dakwa Tak Pernah "Saman Orang" Selama 22 Tahun Jadi PM beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Tun Mahathir Dakwa Tak Pernah "Saman Orang" Selama 22 Tahun Jadi PM beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir Dakwa Tak Pernah "Saman Orang" Selama 22 Tahun Jadi PM beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/02/tun-mahathir-dakwa-tak-pernah-saman.html