KABCK MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB Pasang bunting #TolakJohariGhani di Titiwangsa beritamalay3.blogspot.com

KABCK MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB Pasang bunting #TolakJohariGhani di Titiwangsa beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KABCK MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB Pasang bunting #TolakJohariGhani di Titiwangsa beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KABCK MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB Pasang bunting #TolakJohariGhani di Titiwangsa beritamalay3.blogspot.com
link : KABCK MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB Pasang bunting #TolakJohariGhani di Titiwangsa beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


KABCK MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB Pasang bunting #TolakJohariGhani di Titiwangsa beritamalay3.blogspot.com


PRU14 | Kelab Aku Budak Chow Kit (KABCK) mengakui mereka bertanggungjawab memasang perentang dan bunting bertulis #TolakJohariGhani sebagai tanda penolakan mereka terhadap Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Pengerusi kelab tersebut Ahmad Ayob Ramli berkata tindakan mereka dibuat kerana mereka hilang kepercayaan terhadap Johari.
Katanya langkah membantah itu juga bertujuan supaya menteri kewangan kedua berkenaan sedar mengenai perkhidmatannya yang kurang baiknya.
Justeru kata Ahmad Ayob, KABCK meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggantikan Johari dengan calon lain untuk mewakili BN di Titiwangsa pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.
“Sebenarnya KABCK tak ada bersangkut-paut dengan badan politik, cuma kami nak beritahu Johari supaya dia lebih prihatin dengan pengundi dia.
"Kami dulu penyokong kuat Johari tapi akhir-akhir ini kami kecewa dengan perkhidmatan dia sebagai wakil rakyat," katanya.
Johari didakwa sombong
Ahmad Ayob juga berkata KABCK terpaksa mengambil tindakan menggantung perentang itu supaya Johari sedar beliau gagal memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengundi di Titiwangsa.
Pada masa sama katanya KABCK berharap perdana menteri memilih calon lain yang lebih baik.
"Sebenarnya banyak lagi calon lain yang lebih baik dan berkaliber di Titiwangsa selain Johari,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di Chow Kit, Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini dilaporkan wujud perentang bertulis "Say no to DJ" (Katakan tidak kepada DJ) merujuk kepada Johari.
Ia diiringi dengan pesanan supaya masyarakat Titiwangsa menolak Johari yang didakwa "sombong". Gambar berkenaan turut tular di media sosial.
Salah satu gambar itu memaparkan wajah Johari dipangkah, manakala satu lagi gambar menampilkan kira-kira 20 orang belia memakai baju kemeja T dengan mesej "Asalkan bukan Joe Ghani, #ABJ".
Kain rentang berkenaan dipercayai digantung di sekitar kawasan Chow Kit dan Keramat.
Rabu lalu, Malaysiakini melaporkan KABCK tidak dapat mengesahkan sama ada tergantungnya kain rentang antaranya bertulis #TolakJohariGhani merupakan perbuatan anggota kelabnya atau tidak.
Bukan lawan kerajaan
Ahmad Ayob berkata KABCK mempunyai anggota di sekitar Kuala Lumpur dan dia tidak dapat memastikan sama ada perbuatan berkenaan dilakukan ahlinya.
Ekoran itu Johari mendakwa beliau disabotaj anggota partinya sendiri.
Susulan dari itu Anggota Umno Bahagian Titiwangsa dan gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Titiwangsa membuat laporan polis pada 20 Mac lalu.
Sementara itu, Ayob dalam sidang media hari ini menyifatkan laporan polis yang dibuat itu hanya mahu mengugut dan menakut-nakutkan mereka.
“Pada pandangan kami, laporan polis itu lebih kepada politik mengugut dan menakut-nakutkan melalui kuasa polis.
"Sebenarnya kami bukan melawan kerajaan. Kami juga tak memaki-hamun Johari, kami tak maki-hamun perdana menteri. Kami cuma minta perdana menteri menilai balik Johari," katanya.


Ahmad Ayob berkata KABCK tidak melihat tindakan mereka menggantung perentang itu menyalahi undang-undang.
Ayob turut menambah, KABCK yang mempunyai 1,000 ahli berikrar tidak akan memberi undi kepada Johari sekiranya dipilih menjadi calon BN di Titiwangsa.
Selain itu KABCK juga akan membuat kenduri kesyukuran besar-besaran sekiranya perdana menteri menamakan calon lain bagi menggantikan Johari.
“Kalau Datuk Johari tidak di calonkan kelab kami akan buat kenduri besar-besaran, kami akan bakar kambing lima ekor. Calon yang di pilih oleh perdana menteri kami akan sokong 100 peratus, asalkan bukan Johari Ghani.
“Kami bersyukur sangat-sangatlah jika dia tak dipilih,” katanya.


Demikianlah Artikel KABCK MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB Pasang bunting #TolakJohariGhani di Titiwangsa beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel KABCK MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB Pasang bunting #TolakJohariGhani di Titiwangsa beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KABCK MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB Pasang bunting #TolakJohariGhani di Titiwangsa beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/kabck-mengaku-bertanggungjawab-pasang.html

Subscribe to receive free email updates: