Kematian Go Kart EIMARace, NGO "Terkejut" Keputusan Mahkamah Koroner ! beritamalay3.blogspot.com

Kematian Go Kart EIMARace, NGO "Terkejut" Keputusan Mahkamah Koroner ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kematian Go Kart EIMARace, NGO "Terkejut" Keputusan Mahkamah Koroner ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kematian Go Kart EIMARace, NGO "Terkejut" Keputusan Mahkamah Koroner ! beritamalay3.blogspot.com
link : Kematian Go Kart EIMARace, NGO "Terkejut" Keputusan Mahkamah Koroner ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Kematian Go Kart EIMARace, NGO "Terkejut" Keputusan Mahkamah Koroner ! beritamalay3.blogspot.com


KUANTAN: "Mana mungkin, Mahkamah Koroner hari ini, memutuskan kematian dua beranak semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 sebagai kejadian yang tidak dapat dielakkan......", kata Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat, Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO. Laporan Bernama (Kematian dua beranak kejadian tidak dapat dielak)

Beliau terdahulu terkejut dengan kenyataan Koroner Dazuki Ali bahawa penganjur  telah mematuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dalam penganjuran perlumbaan serta mengambil langkah sewajarnya dalam aspek keselamatan termasuk keselamatan pelumba.

Dazuki juga memutuskan kematian Izwan Isa, 39, pada 12.20 tengah hari, 25 Sept 2016 dan anak bongsunya Nur Zulaikha, 5, pada 2.20 petang hari sama di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini adalah akibat kemalangan jalan raya.


Sebelum ini, prosiding inkues diberitahu kemalangan itu juga menyebabkan isteri mangsa, Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Iz Danial, 7, cedera.

"Bagi saya ini tidak masuk dek akal. Saya sendiri telah mendedahkan banyak bukti kecuaian terhadap insiden ini.. namun mereka kata penganjur sudah mematuhi standard dan piawaian?", kata Shukri. 

Beliau berkata, penganjur gagal mematuhi keperluan kejohanan iaitu pengguna water barrier?. Walhal ia termasuk dalam senarai dan aspek yang perlu diambil berat oleh penganjur sebenarnya. Justeru, mereka tidak boleh "lepas tangan" begitu saja dalam tragedi yang berlaku ini.

"Saya juga pernah membuat laporan polis kes ini dan ada beberapa perkara yang saya dedahkan untuk diambil tindakan, namun hingga ke hari ini tiada apa-apa siasatan yang dilakukan.. malah kes ini senyap begitu sahaja", katanya. (laporan polis)

"Jelas sekali dilokasi kemalangan, tiada arahan penggunaan water barrier sebagai ciri-ciri keselamatan untuk penonton. Inilah punca utama yang menyebabkan mangsa dilanggar oleh kenderaan yang terbabas sebenarnya.. Justeru dalam kejadian ini penganjur wajar dipersalahkan kerana gagal menyediakan aspek  keselamatan secukupnya ketika perlumabaan di adakan", jelas Shukri.

Bahkan kata Shukri, sehari sebelum kejohanan sudah ada kemalangan yang berlaku di lokasi. Maka, sepatutnya kejohanan itu ditangguhkan hingga siasatan selesai. 

"Kemalangan sebelum itu pula dirahsiakan dari pengetahuan semua. Bukankah ini satu kecuaian dan kenapa pula Kroroner Dazuki kata penganjur mematuhi standard. Saya sedih dengan keputusan ini dan harap keluarga mangsa bersabar. Inilah takdir namanya, kita rakyat biasa hanya boleh berdoa agar kebenaran ditegakkan. Namun sebaliknya pula berlaku", tambah Shukri lagi.

Beliau turut berharap agar kes ini disiasat betul-betul.

"Kes ini menyebabkan kehilangan nyawa manusia, bukan nyawa binatang. Allah lebih mengetahuinya", kata beliau lagi. #PDO




Demikianlah Artikel Kematian Go Kart EIMARace, NGO "Terkejut" Keputusan Mahkamah Koroner ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Kematian Go Kart EIMARace, NGO "Terkejut" Keputusan Mahkamah Koroner ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kematian Go Kart EIMARace, NGO "Terkejut" Keputusan Mahkamah Koroner ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/kematian-go-kart-eimarace-ngo-terkejut.html

Subscribe to receive free email updates: