Judul : KPN: Dana Najmuddin Di Australia Hasil Daripada 'Jualan' Rumahnya ! beritamalay3.blogspot.com
link : KPN: Dana Najmuddin Di Australia Hasil Daripada 'Jualan' Rumahnya ! beritamalay3.blogspot.com
KPN: Dana Najmuddin Di Australia Hasil Daripada 'Jualan' Rumahnya ! beritamalay3.blogspot.com
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan berkata Najmuddin membuktikan deposit yang dibuat ke dalam akaun itu dari sumber dan tujuan yang sah.
“Najmuddin menyediakan dokumen-dokumen sah untuk membuktikan dana itu berasal dari penjualan rumah, yang pada masa itu bernilai RM700,000,” kata Fuzi sambil menambah berdasarkan kadar pertukaran mata wang pada masa itu, nilainya berjumlah A$260,770.
Fuzi mengulas laporan Sydney Morning Herald (SMH) hari ini melaporkan polis Australia mengesyaki “deposit wang mencurigakan” ke dalam akaun “Goal Saver” Bank Commonwealth milik Najmuddin, yang tidak aktif selepas dibuka pada 2011.
Menurut laporan itu, kemasukan wang bawah A$10,000 bermula seminggu selepas Najmuddin melawat Australia pada 2016.
Pendeposit tidak diketahui mengunjungi cawangan dan mesin juruwang automatik (ATM) di serata negara itu, dari Biloela, Queensland ke Devonport, Tasmania dan Lakemba di barat Sydney serta pusat perniagaan Melbourne, kata laporan itu.
Laporan itu menambah polis Malaysia membersihkan Najmuddin dari sebarang salah laku.
SMH melaporkan baki akaun Najmuddin bertambah hampir A$290,000 kepada A$320,000 (RM972,000) dalam tempoh sebulan, menyebabkan pihak berkuasa mengesyaki wang itu hasil kegiatan jenayah atau pengubahan wang haram.
Fuzi mengesahkan kenyataan timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bahawa laporan itu berdasarkan cerita lama dan pihak polis sudah menjalankan siasatan dalaman melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.
“Siasatan mendedahkan akaun itu pada mulanya dibuka Najmuddin pada 2011 untuk memudahkan pemindahan dana untuk membiayai pendidikan anak lelakinya di Australia.
“Selepas itu, pada 2016, akaun yang sama kemudiannya diaktifkan semula untuk membiayai pengajian sarjana anak perempuannya pula di Australia,” kata Fuzi.
Beliau menambah dana dari penjualan rumah itu diamanahkan kepada seorang kawan rapat untuk memindahkan wang itu ke dalam akaun bank di Australia.
“Najmuddin juga menyediakan alasan kukuh bagi keperluan memperoleh akaun luar negara, bagi membiayai pengajian anaknya di Australia.
“Oleh itu, adalah tidak berasas menganggap sumber wang itu mencurigakan atau menuduh Najmuddin terlibat dalam apa-apa bentuk kesalahan yang boleh didakwa,” kata Fuzi. #sumber
Demikianlah Artikel KPN: Dana Najmuddin Di Australia Hasil Daripada 'Jualan' Rumahnya ! beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel KPN: Dana Najmuddin Di Australia Hasil Daripada 'Jualan' Rumahnya ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KPN: Dana Najmuddin Di Australia Hasil Daripada 'Jualan' Rumahnya ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/kpn-dana-najmuddin-di-australia-hasil.html