Pengarah JSJ Itu Bukanlah "Orang Hulu", Ramkarpal Beritahu Zahid ! beritamalay3.blogspot.com

Pengarah JSJ Itu Bukanlah "Orang Hulu", Ramkarpal Beritahu Zahid ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengarah JSJ Itu Bukanlah "Orang Hulu", Ramkarpal Beritahu Zahid ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengarah JSJ Itu Bukanlah "Orang Hulu", Ramkarpal Beritahu Zahid ! beritamalay3.blogspot.com
link : Pengarah JSJ Itu Bukanlah "Orang Hulu", Ramkarpal Beritahu Zahid ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Pengarah JSJ Itu Bukanlah "Orang Hulu", Ramkarpal Beritahu Zahid ! beritamalay3.blogspot.com

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd sedikit “naif” mengenai undang-undang Australia.
Beliau berkata, Najmuddin adalah pegawai kanan polis dan bukannya “orang hulu”, oleh itu beliau sepatutnya tahu prosedur dan amalan kewangan asas di Australia.
“Apakah mesej Zahid kepada dunia di sini? Adakah beliau kata salah seorang pegawai polis paling kanannya tidak tahu undang-undang dan itu bukan satu masalah?
“Tambahan, jika penjelasan Najmuddin boleh membebaskannya daripada liabiliti, mengapa pihak berkuasa Australia masih menyiasat perkara itu?” soal Ramkarpal dalam satu kenyataan.
Hari ini, Zahid dilaporkan berkata, Najmuddin mungkin sedikit “naif” tentang undang-undang Australia berkaitan pembiayaan pendidikan anaknya.
“Isu berkenaan pembiayaan wang itu timbul pada 2016 lagi dan Wan Ahmad sudah memberi penjelasan kepada saya berkaitan perkara itu dan saya menerima penjelasan terbabit dengan yakin bahawa beliau adalah jujur,” kata Zahid dipetik Berita Harian.
“Cuma, beliau mungkin naif membabitkan undang-undang berkaitan penghantaran wang pembiayaan itu kerana walaupun wang itu diperoleh hasil jualan rumah, ia melebihi jumlah dibenarkan kerajaan Australia, iaitu hadnya adalah A$10,000.”
Jumaat lalu, akhbar Sydney Morning Herald melaporkan polis Australia membekukan akaun bank milik Najmuddin, dengan simpanan sebanyak A$320,000 (RM970,000).
Polis Australia mengesyaki “kemasukan wang tunai mencurigakan” dalam akaun Bank Commonwealth milik Najmuddin, yang sudah lama tidak aktif selepas dibuka pada 2011.
Pendeposit tidak diketahui mengunjungi cawangan dan mesin juruwang automatik (ATM) di seluruh Australia, termasuk Queensland, Tasmania, Sydney dan Melbourne.
Ramkarpal berkata, tidak mungkin pihak berkuasa Australia menghentikan siasatan mereka hanya kerana Zahid berpuas hati dengan penjelasan Najmuddin atau namanya dibersihkan Bukit Aman melalui siasatan dalaman.
Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya menyiasat Najmuddin dan kegagalan berbuat demikian dianggap kecuaian menjalankan tugas. #sumber


Demikianlah Artikel Pengarah JSJ Itu Bukanlah "Orang Hulu", Ramkarpal Beritahu Zahid ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Pengarah JSJ Itu Bukanlah "Orang Hulu", Ramkarpal Beritahu Zahid ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengarah JSJ Itu Bukanlah "Orang Hulu", Ramkarpal Beritahu Zahid ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/pengarah-jsj-itu-bukanlah-orang-hulu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :