Polis: Kes "Rogol Bawah Umur" Di Negeri Pahang Membimbangkan ! beritamalay3.blogspot.com

Polis: Kes "Rogol Bawah Umur" Di Negeri Pahang Membimbangkan ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis: Kes "Rogol Bawah Umur" Di Negeri Pahang Membimbangkan ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Kes "Rogol Bawah Umur" Di Negeri Pahang Membimbangkan ! beritamalay3.blogspot.com
link : Polis: Kes "Rogol Bawah Umur" Di Negeri Pahang Membimbangkan ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Polis: Kes "Rogol Bawah Umur" Di Negeri Pahang Membimbangkan ! beritamalay3.blogspot.com


KUANTAN: Jumlah kes rogol direkodkan di negeri ini sepanjang tahun lepas meningkat kepada 163 kes berbanding 134 kes pada 2016.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata paling membimbangkan, 76 kes melibatkan remaja merupakan pelajar sekolah berumur 16 tahun ke bawah.

“Kita perlu ingat walaupun ia merupakan kes suka sama suka, apabila melibatkan pelajar atau remaja 16 tahun ke bawah secara automatik ia kes rogol, apatah lagi sekiranya dipaksa ataupun menerima ancaman.
“Berdasarkan rekod, lebih 40% kes rogol ini dilakukan teman lelaki sendiri, 32% oleh kenalan dan orang tidak dikenali sebanyak 5%.

“Bagi perogol yang merupakan ayah kandung dan juga bapa saudara pula sebanyak 4%,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Rosli berkata jika sebelum ini kes melibatkan golongan pelajar hanyalah buli, kini ia bertambah serius sehingga ada terlibat dengan jenayah berat seperti samun, rogol serta pembunuhan.

“Polis dan Jabatan Pendidikan juga dapat mengesan kes pengedaran gambar lucah melalui telefon bimbit dalam kalangan pelajar dan walaupun kes begini adalah kecil, kita tidak pernah memandang ringan.

“Polis akan sentiasa memantau dan mengambil langkah yang perlu bagi membendung gejala tersebut daripada terus menjadi barah dalam kalangan pelajar,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 306 pelajar menerima watikah pelantikan pemimpin muda bertujuan memberi pengiktirafan kepada mereka yang dapat melaksanakan tugas diamanahkan pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. #sumber


Demikianlah Artikel Polis: Kes "Rogol Bawah Umur" Di Negeri Pahang Membimbangkan ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Polis: Kes "Rogol Bawah Umur" Di Negeri Pahang Membimbangkan ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Kes "Rogol Bawah Umur" Di Negeri Pahang Membimbangkan ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/polis-kes-rogol-bawah-umur-di-negeri.html

Subscribe to receive free email updates: