Selepas 'Serang Dua Menteri', Rais Yatim Tetap Enggan Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com

Selepas 'Serang Dua Menteri', Rais Yatim Tetap Enggan Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selepas 'Serang Dua Menteri', Rais Yatim Tetap Enggan Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas 'Serang Dua Menteri', Rais Yatim Tetap Enggan Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com
link : Selepas 'Serang Dua Menteri', Rais Yatim Tetap Enggan Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Selepas 'Serang Dua Menteri', Rais Yatim Tetap Enggan Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com


PETALING JAYA: Penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berkata, beliau hanya akan bersara atas arahan Datuk Seri Najib Razak.

Bekas menteri itu mengulas desakan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tun Faisal Ismail Aziz supaya Rais meletak jawatan disebabkan kenyataannya berkaitan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Pegawai JASA, Tun Faisal gesa saya letak jawatan sebagai penasihat kerajaan. Saya cuma cadang Jho Low disiasat. Macam nak runtuh langit. Kalau perdana menteri isyaratkan, baru saya bersara.

“Tapi sabarlah Tun Faisal, saya dah berhubung dengan perdana menteri. Biarlah beliau yang putuskan. Ini tak boleh diputuskan oleh tali barut,” tulisnya di Twitter.

Semalam, Tun Faisal menerusi Twitternya menggesa Rais meletak jawatan “jika tidak boleh bertindak sebagai menteri dan menggunakan saluran yang betul”.

Rais dilantik sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan dengan taraf menteri, berkuatkuasa 1 Julai 2013.

Rais sebelum ini mengkritik Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz kerana “terlalu sayang” dan beria-ria mempertahankan Jho Low.

Katanya, Salleh sepatutnya mempertahankan keadilan, bukannya “cepat sangat menidakkan kapal mewah Equanimity bukan milik Jho Low”.

Rabu lalu,  Nazri mendakwa Tan Sri Rafidah Aziz dan Rais mengkritik kerajaan dalam isu sitaan Equanimity yang dikaitkan dengan Amerika Syarikat ke atas 1MDB, kerana masih berdendam dengan Umno selepas kecewa tidak dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Polis Indonesia dilaporkan menyita Equanimity di Bali pada 28 Februari lalu, susulan surat daripada Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) yang diterima pada 21 Februari lalu.

Kapal itu dikehendaki Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam siasatan ke atas rasuah berbilion dolar yang dikaitkan dengan dana milik kerajaan Malaysia, 1MDB.

Sehari selepas kapal mewah itu disita, Rafidah melalui Facebooknya mendakwa beliau berjaya mengesan lokasi kapal mewah itu di perairan Phuket, Thailand tahun lepas. #sumber


Demikianlah Artikel Selepas 'Serang Dua Menteri', Rais Yatim Tetap Enggan Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Selepas 'Serang Dua Menteri', Rais Yatim Tetap Enggan Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas 'Serang Dua Menteri', Rais Yatim Tetap Enggan Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/selepas-serang-dua-menteri-rais-yatim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :