Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! beritamalay3.blogspot.com

Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! beritamalay3.blogspot.com
link : Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! beritamalay3.blogspot.com


KUANTAN: Seramai 70 pelajar dan tiga guru Sekolah Menengah Agama Kuala Lipis, dekat sini dijangkiti beguk sejak 20 Februari lepas.

Pengarah Kesihatan Pahang Dr Sha'ari Ngadiman bagaimanapun berkata sebahagian besar daripada pelajar itu telah pulih, namun pihaknya masih mengambil tindakan berjaga-jaga bagi memastikan penyakit itu tidak merebak.

"Pelajar dan guru yang terlibat telah diberi rawatan dan dikuarantin di dalam kawasan sekolah bagi mengelakkan orang luar terkena jangkitan. Semua pesakit kini berada dalam keadaan stabil.

"Vaksin diberikan kepada pelajar yang tidak menerima imunisasi beguk. Pendidikan kesihatan dilaksanakan di sekolah selain pemantauan harian dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis," katanya semasa dihubungi pada Jumaat.

Penyakit beguk disebabkan jangkitan virus Paramyxovirus dan boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur serta melalui sentuhan objek yang tercemar dengan air liur pesakit.

Dr Sha'ari menambah mereka yang dijangkiti akan mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak serta sakit di kelenjar parotid (kelenjar air liur).

"Pesakit biasanya akan sembuh sepenuhnya selepas dua hingga tiga minggu. Jangkitan beguk adalah ringan dalam kebanyakan kes dan boleh sembuh sepenuhnya tanpa komplikasi," katanya.

Dr Sha'ari menambah mereka yang mengalami gejala beguk dinasihatkan untuk mendapat rawatan awal di klinik kesihatan untuk mengelakkan komplikasi.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri dan mengamalkan etika batuk yang betul bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut.

Dr Sha'ari menambah di Malaysia, imunisasi beguk diberikan dalam bentuk vaksin tiga serangkai Measles-Mumps-Rubella (MMR) sejak tahun 2002, namun bermula April 2016, ia diberikan sebanyak dua kali iaitu pada usia sembilan bulan dan setahun. #sumber



Demikianlah Artikel Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/seramai-70-pelajar-serta-guru-sm-agama.html

Subscribe to receive free email updates: