Judul : Shahbudin: Kenapa UMNO Lebih Sayang JHO LOW berbanding ROBERT KUOK? beritamalay3.blogspot.com
link : Shahbudin: Kenapa UMNO Lebih Sayang JHO LOW berbanding ROBERT KUOK? beritamalay3.blogspot.com
Shahbudin: Kenapa UMNO Lebih Sayang JHO LOW berbanding ROBERT KUOK? beritamalay3.blogspot.com
Robert Kuok dan Jho Low adalah dua nama yang cukup popular dan menjadi sebutan sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini.
Robert Kuok, taikun terkenal dan orang terkaya di Malaysia tiba-tiba menjadi sebutan akhir-akhir ini berikutan penyebaran berita palsu oleh seorang blogger yang menuduhnya mendanai DAP serta merancang menggulingkan kerajaan yang ada.
Berita palsu itu kemudian mendapat reaksi pantas daripada Najib Razak sendiri yang mengingatkan bahawa Robert Kuok berjaya kerana adanya bantuan daripada kerajaan.
Berikutan reaksi yang berupa sokongan Najib terhadap berita palsu itu, ia seterusnya mengundang beberapa serangan daripada menteri dan pemimpin UMNO lain yang turut memperlekeh serta menggelar Robert Kuok dengan pelbagai gelaran yang mengaibkan.
Tanpa memperdulikan jasa dan sumbangannya kepada ekonomi negara selama ini, hanya kerana suatu berita palsu, Robert Kuok akhirnya dikecam seolah-olah beliau tidak pernah berjasa dan kini musuh baru kepada UMNO dan kerajaan.
Tidak dinafikan bahawa Robert Kuok adalah ikon masyarakat Cina dan didapati ramai yang tersinggung dengan serangan terhadapnya itu. Mungkin ada yang boleh menerima jika serangan itu dilakukan berasaskan fakta dan bukti sahih yang memang mendapati Robert Kuok terlibat dalam usaha mahu menggulingkan kerajaan.
Tetapi, sehingga ini semuanya adalah berita palsu belaka. Di ketika BN bersiap sedia menghadapi PRU 14 dan agak ketandusan sokongan pengundi kaum Cina, serangan terhadap taikun tersebut tentu saja melemahkan lagi kedudukan yang sedia ada.
Sejak dua hari lalu pula, apabila kapal mewah Equanimity dirampas oleh polis Indonesia dengan kerjasama FBI di perairan Bali, nama Jho Low yang sejak kebelakangan ini agak suam-suam suku, dengan sesingkatnya kembali menjadi sebutan ramai.
Ini kerana kapal yang dirampas itu sudah lama dicari oleh DOJ dan FBI sejak mereka menyenaraikannya sebagai sebahagian aset yang dibeli oleh Jho Low dengan menggunakan wang curi 1MDB.
Penemuan kapal mewah itu pastinya suatu berita gembira bagi DOJ kerana di dalamnya barangkali tersimpan banyak bukti dan dokumen lain yang yang boleh mengukuhkan lagi saman sivil dan siasatan jenayah berkaitan pencurian wang 1MDB.
Berbeza dengan dakwaan terhadap Robert Kuok yang hanya satu berita palsu, malah taikun itu juga sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebarnya, sebaliknya berita mengenai Jho Low dan kapal Equanimity itu adalah berita yang benar dan sahih.
Tidak itu saja, penglibatan Jho Low dalam pencurian wang 1MDB juga adalah benar dan sahih kerana sebelum adanya 1MDB, beliau bukan saja tidak pernah dikenali, bahkan apa perniagaan dan harta yang pernah dibelinya turut tidak diketahui.
Tetapi, berita benar dan sahih ini tidak menarik perhatian pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyerang dan menghentam Jho Low. Selain Najib, Nazri Aziz, Tengku Adnan dan lain-lain pemimpin UNNO tidak bersuara mengenai Jho Low, terdapat juga yang tidak malu-malu mempertahankannya, meskipun dengan hujah setaraf lawak jenaka dan bahan ketawa.
Namun, kenapakah pemimpin UMNO lebih membela atau diam terhadap berita benar yang tersebar mengenai kemungkaran Jho Low?
Antara berita palsu mengenai Robert Kuok dan berita benar mengenai Jho Low, mengapa UMNO lebih terarah menyokong kepalsuan?
Apakah sumbangan Jho Low kepada negara lebih besar berbanding Robert Kuok?
Apakah ini cerminan bahawa UMNO dan para pemimpinnya sudah tidak dapat membezakan antara kaca dengan permata, antara racun dengan air gula? (ShahbudinHusin 02/03/2018)
Demikianlah Artikel Shahbudin: Kenapa UMNO Lebih Sayang JHO LOW berbanding ROBERT KUOK? beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Shahbudin: Kenapa UMNO Lebih Sayang JHO LOW berbanding ROBERT KUOK? beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Shahbudin: Kenapa UMNO Lebih Sayang JHO LOW berbanding ROBERT KUOK? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/shahbudin-kenapa-umno-lebih-sayang-jho.html