Tulisan Terkini Tun M: ROBERT KUOK beritamalay3.blogspot.com

Tulisan Terkini Tun M: ROBERT KUOK beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tulisan Terkini Tun M: ROBERT KUOK beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tulisan Terkini Tun M: ROBERT KUOK beritamalay3.blogspot.com
link : Tulisan Terkini Tun M: ROBERT KUOK beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Tulisan Terkini Tun M: ROBERT KUOK beritamalay3.blogspot.com


1. Ternampak marah sungguh UMNO kepada Robert Kuok kerana kononnya ia menghulur bantuan wang kepada DAP.

2. Undang-undang manakah yang dilanggar oleh Robert Kuok? Setakat yang saya tahu siapa sahaja boleh bantu mana-mana parti politik. Dahulu UMNO tidak pernah kutuk pembantu-pembantu mana-mana parti. Tetapi sekarang bantu UMNO dan BN boleh. Curi duit untuk piliharaya pun boleh. Tetapi parti lawan tak boleh terima derma pun.

3. Untuk sekat parti lawan dari mendapat bantuan kewangan jentera Kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan badan pencegah rasuah diguna oleh UMNO dan Najib untuk ugut sesiapa yang mungkin bantu parti lawan. Mereka dipaksa bayar cukai pendapatan tambahan yang tidak sah, dituduh kononnya cuba bersih duit (money laundering) walaupun tidak ada bukti. Premis mereka digeledah, buku akaun dirampas. Pasport pun dirampas.

4. Tetapi duit 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun Najib yang dikatakan derma dari orang tidak disiasat, tidak dituduh salah. Sebaliknya A.G. dakwa tidak ada salahlaku oleh Najib.

5. Sekarang Expo diadakan oleh UMNO seluruh negara dengan rumah dan motorsikal sebagai hadiah nombor bertuah. Diadakan apabila pilihanraya dekat menjadikan agihan ini satu jenis rasuah. Tetapi tidak ada siasatan oleh MACC atau polis.

6. Rakyat, pengundi perlu sedar duit dan hadiah ini bukan dari UMNO atau Najib. Ada bukti yang duit ini diseleweng dari duit 1MDB. Duit Kerajaan juga terlibat. Peruntukan untuk Kementerian dan pentadbiran dipotong dan diguna untuk tumbuk rusuk pengundi.

7. Duit Kerajaan datang dari cukai ke atas rakyat – seperti GST umpamanya. Ini bermakna UMNO dan BN sapu duit cukai yang dibayar oleh rakyat untuk sogok rakyat. Ini adalah penipuan besar.

8. Rakyat boleh ambil balik duit mereka yang disalahguna oleh Najib dan UMNO. Tetapi jangan bagi undi kepada BN. Apa sebab kita nak terhutang budi apabila duit kita dibagi balik kepada kita.

9. Nampak jelas PAS pun terima duit dari Najib. Tanya Nik Abduh. PAS bertanding bukan untuk menang. PAS bertanding untuk tarik undi penentang UMNO supaya tidak pergi kepada PH.

10. PAS kafirkan UMNO. Kata PAS kalau bekerjasama dengan kafir akan jadi kafir. Sekarang kerjasama PAS dengan UMNO bukan untuk kemenangan PAS. Ia untuk kemenangan UMNO.

11. Kalau kerjasama dengan kafir jadi kafir, PAS jadi apa apabila tolong UMNO menang. Dahulu PAS kerjasama dengan DAP. Tahaluf Siyasi konon. Tukar perkataan Melayu kepada Arab tidak menjadi sesuatu yang salah tidak salah.

12. Jangan undi Bulan. Tolak kati (dacing) dan bulan untuk selamat negara. Dacing dan bulan adalah simbol penipuan.



Demikianlah Artikel Tulisan Terkini Tun M: ROBERT KUOK beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Tulisan Terkini Tun M: ROBERT KUOK beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tulisan Terkini Tun M: ROBERT KUOK beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/03/tulisan-terkini-tun-m-robert-kuok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :