[BANTU POLIS] Polis edar lakaran wajah suspek tembak Dr Fadi beritamalay3.blogspot.com

[BANTU POLIS] Polis edar lakaran wajah suspek tembak Dr Fadi beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [BANTU POLIS] Polis edar lakaran wajah suspek tembak Dr Fadi beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BANTU POLIS] Polis edar lakaran wajah suspek tembak Dr Fadi beritamalay3.blogspot.com
link : [BANTU POLIS] Polis edar lakaran wajah suspek tembak Dr Fadi beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


[BANTU POLIS] Polis edar lakaran wajah suspek tembak Dr Fadi beritamalay3.blogspot.com

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang disyaki menembak mati Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah dari Palestin, di semua pintu masuk dan keluar negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lakaran wajah itu dihasilkan berdasarkan keterangan saksi pada hari kejadian.
"Berdasarkan lakaran imej, seorang daripada suspek berkulit cerah yang dipercayai dari negara Timur Tengah atau Eropah.
Kedua-dua suspek berjambang, mempunyai ketinggian kira-kira 180 sentimeter serta berbadan tegap," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata polis turut mengeluarkan dua lakaran jenis motosikal berkuasa tinggi berwarna gelap iaitu BMW GS dan Kawasaki Versys yang kemungkinan digunakan suspek ketika kejadian.
Katanya polis sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen bagi menjalankan siasatan menyeluruh selain usaha mengesan kedua-dua suspek yang berpakaian jaket warna gelap dan bertopi keledar gelap pada hari kejadian.
Selain itu, Mohamad Fuzi berkata hasil bedah siasat pakar perubatan semalam mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan akibat tembakan.
"Siasatan forensik juga mengesan 14 kesan peluru pada kepala dan badan mangsa. Kami akan menghantar semua peluru dan kelongsong peluru yang ditemui kepada pakar untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis senjata yang digunakan," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan memanggil adik lelaki kepada Dr Fadi iaitu Dr Rami Al Batsh yang baru tiba dari Jerman semalam bagi membantu siasatan sekiranya perlu.
Ditanya sama ada mangsa pernah menerima ugutan sebelum ini, Mohamad Fuzi berkata ia masih dalam siasatan dan setakat ini anggota keluarga mangsa sedang dalam kawalan polis.
Orang ramai yang berada di lokasi kejadian antara pukul 5 pagi sehingga 7 pagi Sabtu lepas diminta tampil membantu siasatan bagi mengesan suspek, katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Shahrizal Saleh di talian 017-7134705 atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Wangsa Maju ASP Khairil Idzwan Ahmad di talian 019-3592582.
Dr Fadi, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimami solat subuh pada lebih kurang pukul 6 pagi.
Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu.
Terdahulu Mohamad Fuzi memakaikan pangkat kepada 18 pegawai kanan PDRM yang dinaikkan pangkat dan memakaikan anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 101 pegawainya.
-Bernama


Demikianlah Artikel [BANTU POLIS] Polis edar lakaran wajah suspek tembak Dr Fadi beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel [BANTU POLIS] Polis edar lakaran wajah suspek tembak Dr Fadi beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BANTU POLIS] Polis edar lakaran wajah suspek tembak Dr Fadi beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/04/bantu-polis-polis-edar-lakaran-wajah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :