Dakwa Jadi 'Punca' Sokongan Cina Hilang, Rafidah Suruh Nazri Terjun Tasik ! beritamalay3.blogspot.com

Dakwa Jadi 'Punca' Sokongan Cina Hilang, Rafidah Suruh Nazri Terjun Tasik ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dakwa Jadi 'Punca' Sokongan Cina Hilang, Rafidah Suruh Nazri Terjun Tasik ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwa Jadi 'Punca' Sokongan Cina Hilang, Rafidah Suruh Nazri Terjun Tasik ! beritamalay3.blogspot.com
link : Dakwa Jadi 'Punca' Sokongan Cina Hilang, Rafidah Suruh Nazri Terjun Tasik ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Dakwa Jadi 'Punca' Sokongan Cina Hilang, Rafidah Suruh Nazri Terjun Tasik ! beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Perang mulut antara Datuk Seri Nazri Aziz dan bekas rakan Kabinetnya, Tan Sri Rafidah Aziz, berterusan hari ini apabila kedua-duanya saling memberi gelaran dan menghina satu sama lain susulan kritikan wanita itu terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak memberi respons kepada orang gila, jahil yang langsung tidak tahu tentang dasar sudah lama wujud sebelum saya berkhidmat dalam kerajaan,” kata Rafidah selepas beberapa jam Nazri mendakwanya bersikap perkauman.

Nazri menyalahkan Rafidah atas kehilangan sokongan Cina kepada Barisan Nasional (BN) dan mendakwanya menyalahgunakan permit import (AP) bagi mengimport kenderaan baru di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang dahulu diketuai beliau.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu kemudian mengimbas kembali ucapan Rafidah kepada perwakilan Umno, di mana beliau mempertahankan diri dengan berkata, beliau hanya mengambil AP syarikat Cina untuk memanfaatkan Bumiputera.

Ini selepas Rafidah berkata, Nazri “tidak berpandangan jauh” kerana mengatakan kritikan Rafidah terhadap kerajaan disebabkan dendam peribadinya kepada Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Rafidah hari ini mengkritik Nazri lagi.

“Politik murahan oleh individu bermulut jahat,” kata Rafidah apabila diminta mengulas perkara itu.

“Beliau boleh terjun ke tasik.”

Bekas menteri perdagangan itu turut menggesa Nazri memfokuskan “masalah kotor yang lebih besar” dan beliau kemudian menghantar satu imej perumpamaan bahasa Inggeris yang diubah suai: “Birds of a lawless bigoted feather bully together” yang boleh disamakan dengan antah bersama antah, beras bersama beras.

Rafidah yang berkhidmat sebagai menteri perdagangan lebih 2 dekad, mengkritik pimpinan Umno selepas pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho yang dinamakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai salah satu dalang dalam penyelewengan dana 1MDB. #sumber


Demikianlah Artikel Dakwa Jadi 'Punca' Sokongan Cina Hilang, Rafidah Suruh Nazri Terjun Tasik ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Dakwa Jadi 'Punca' Sokongan Cina Hilang, Rafidah Suruh Nazri Terjun Tasik ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwa Jadi 'Punca' Sokongan Cina Hilang, Rafidah Suruh Nazri Terjun Tasik ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/04/dakwa-jadi-punca-sokongan-cina-hilang.html

Subscribe to receive free email updates: