DAP Mendakwa PM Najib Pandang Rendah Pasukan Tentera Dan Juga Polis beritamalay3.blogspot.com

DAP Mendakwa PM Najib Pandang Rendah Pasukan Tentera Dan Juga Polis beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DAP Mendakwa PM Najib Pandang Rendah Pasukan Tentera Dan Juga Polis beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Mendakwa PM Najib Pandang Rendah Pasukan Tentera Dan Juga Polis beritamalay3.blogspot.com
link : DAP Mendakwa PM Najib Pandang Rendah Pasukan Tentera Dan Juga Polis beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


DAP Mendakwa PM Najib Pandang Rendah Pasukan Tentera Dan Juga Polis beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan telah menghina integriti pasukan tentera dan polis apabila cuba menakut-nakutkan dua pasukan keselamatan itu melalui permainan politik kotor dan perkauman menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Najib telah berbohong di hadapan pimpinan tertinggi dua pasukan itu apabila mendakwa konsep ‘Malaysian Malaysia’ DAP kononnya mungkin akan membubarkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD),” kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Menyanggah dakwaan Najib itu, Lip Eng berkata Presiden UMNO tersebut nampaknya hanya mampu menyerang Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan tipu daya dan fitnah khususnya terhadap DAP.

“Selain daripada skandal antarabangsa 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya tiada apa-apa untuk dibanggakan sangat sejak menjadi PM sejak 9 tahun lalu.

“Ini sebabnya kenapa Najib hanya mampu menyerang Pakatan Harapan dengan tipudaya dan fitnah; terutamanya terhadap DAP,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan, di sebalik tohmahan tersebut, profesionalisme dalam pasukan tentera dan polis pastinya akan ditambahbaik apabila HARAPAN menang dalam PRU14.

“Negara memerlukan anggota polis dan tentera yang terlatih secara profesional bagi mempertahankan tanahair dan memelihara kesejahteraan rakyat.

“Kita juga memerlukan bilangan anggota yang mencukupi untuk masuk ke kawasan pedalaman bagi membantu mereka pada saat-saat memerlukan,” katanya.

Ujarnya, jika rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Harapan dalam PRU akan datang, pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan pasukan Gerak Khas polis pastinya akan diberikan peluang latihan dan peralatan yang selayaknya untuk menjadi pasukan operasi khas setaraf SEAL dan SWAT terbaik di rantau Asia Tenggara.

“Najib memandang rendah pasukan tentera dan polis, seolah-olah mereka itu seperti Jho Low dan Riza Aziz,” katanya lagi.  #sumber


Demikianlah Artikel DAP Mendakwa PM Najib Pandang Rendah Pasukan Tentera Dan Juga Polis beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel DAP Mendakwa PM Najib Pandang Rendah Pasukan Tentera Dan Juga Polis beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP Mendakwa PM Najib Pandang Rendah Pasukan Tentera Dan Juga Polis beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/04/dap-mendakwa-pm-najib-pandang-rendah.html

Subscribe to receive free email updates: