Judul : Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" ! beritamalay3.blogspot.com
link : Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" ! beritamalay3.blogspot.com
Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" ! beritamalay3.blogspot.com
PETALING JAYA: Banyak yang diperkatakan tentang teori atau ramalan “RAHMAN” bagi 6 Perdana Menteri pertama negara.
Kini, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berharap ia akan diikuti ramalan “MAHATHIR” selepas pilihan raya ke-14 (PRU14).
Ramai percaya teori “RAHMAN” meramalkan 6 Perdana Menteri pertama Malaysia, dengan setiap huruf mewakili nama setiap pemimpin itu, bermula dengan Tunku Abdul Rahman, diikuti Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
“Biar teori ‘RAHMAN’ menyempurnakan ramalannya sehingga PRU14, dan mungkin ia digantikan teori ‘MAHATHIR’ pula untuk 8 Perdana Menteri akan datang.”
Lim bekata, 2 huruf pertama teori ini akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan (PH) menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baru di Putrajaya selepas PRU14.
“Ini kerana PH memutuskan Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 — memenuhi 2 huruf pertama ramalan ‘MAHATHIR’.
“Sama ada perdana menteri selepas Anwar menepati ramalan ini, hanya masa akan menentukannya,” kata Lim dalam ucapannya pada ceramah kopitiam DAP di Damai, Kota Kinabalu, hari ini. Salinan ucapan itu juga dimuat naik ke blognya.
Lim menolak dakwaan sesetengah pihak, beliau akan menjadi perdana menteri sekiranya PH memenangi PRU14. #sumber
Demikianlah Artikel Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" ! beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lim Kit Siang: PM, Gantikan Teori "RAHMAN" Dengan "MAHATHIR" ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/04/lim-kit-siang-pm-gantikan-teori-rahman_9.html