"Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu' beritamalay3.blogspot.com

"Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu' beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu' beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu' beritamalay3.blogspot.com
link : "Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu' beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


"Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu' beritamalay3.blogspot.com

Tan Sri Rafidah Aziz menempelak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai 'myopic' atau berfikiran cetek.
Bekas menteri kanan itu juga turut memberikan penjelasan mengenai maksud 'myopic'sebagai penegasan terhadap Nazri.
Perkataan 'myopic' dalam bahasa Inggeris bermaksud rabun dekat, juga sinonim dengan erti tiada imaginasi, tidak kreatif, kurang cabaran, kurang wawasan, berfikiran sempit, cetek, dan bersifat kedaerahan.
Rafidah merujuk artikel The Malaysian Insight bertarikh 8 Mac bertajuk "NFC masih berhutang dengan kerajaan RM248 juta, kata Kementerian Kewangan."
"Inilah apa yang saya sedang cakap. Wang rakyat 'kena sapu'. Nazri 'politik cetek'.
"Tak ada kena mengena dengan politik peribadi. Saya dah bersara 10 tahun. Tapi wang rakyat masih belum dilangsaikan, masih sekitar RM 200 juta untuk dibayar.
"Hutang is still hutang, terutamanya duit rakyat. Nazri tolong fokus kepada isu-isu kebimbangan rakyat dan tidak cuba alih perhatian kepada 'mak cik tua' ini. Hentikan politik kotor.
"Boleh cetak (kenyataan) ini sebagai respon bersama penjelasan mengenai myopic'," tambah beliau.
Rafidah memberikan respon terhadap kenyataan Nazri yang mendakwa beliau "dengkidan cemburu" terhadap Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana pernah tewas kepadanya dalam merebut jawatan ketua wanita Umno.
Minggu lepas, Rafidah yang pernah menerima julukan "iron lady", menegur Nazri kerana membuat serangan peribadi mengenai umurnya berbanding menumpukan isu yang beliau timbulkan.
Ini selepas Nazri mengelarnya sebagai 'mak cik tua yang meroyan" selepas mengkritik Perdana Menteri Datuk Seru Najib Razak dan 1MDB.
Dalam laporan Harian Sinar hari ini, Nazri mendakwa kritikan Rafidah terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) menunjukkan bekas menteri kanan itu masih tidak dapat menerima kekalahannya sembilan tahun lepas.
Kes NFC mula didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara pada 2011.
Nazri berkata Shahrizat telah dibersihkan selepas itu dan Rafidah sepatutnya menghormati keputusan pihak berkuasa.
Sementara itu, artikel TMI memetik jawapan Kementerian Kewangan di parlimen bahawa NFC masih berhutang dengan kerajaan lebih RM248 juta daripada RM250 juta pinjaman mudah yang diterimanya.
Kementerian itu berkata NFC masih belum membayar sejumlah RM248,193,737.81 mulai 31 Jan tahun ini. - mk


Demikianlah Artikel "Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu' beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel "Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu' beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu' beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/04/nazri-cetek-saya-cakap-wang-rakyat-kena.html

Subscribe to receive free email updates: