Pengundi Muda Di Minta Sokong BN, Teruskan Kesinambungan Agenda Kerajaan beritamalay3.blogspot.com

Pengundi Muda Di Minta Sokong BN, Teruskan Kesinambungan Agenda Kerajaan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengundi Muda Di Minta Sokong BN, Teruskan Kesinambungan Agenda Kerajaan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengundi Muda Di Minta Sokong BN, Teruskan Kesinambungan Agenda Kerajaan beritamalay3.blogspot.com
link : Pengundi Muda Di Minta Sokong BN, Teruskan Kesinambungan Agenda Kerajaan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Pengundi Muda Di Minta Sokong BN, Teruskan Kesinambungan Agenda Kerajaan beritamalay3.blogspot.com


BAGAN DATUK: Pengundi muda yang pertama kali mengundi diminta menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi meneruskan kesinambungan agenda pembangunan negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana golongan muda seharusnya tidak terpengaruh dengan tuduhan pembangkang yang mahu mengaburi pemikiran rakyat terutamanya golongan berkenaan.

Ahmad Zahid berkata generasi yang mahu dibentuk dalam tempoh 32 tahun akan datang mengikut aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) perlu memberi peluang kepada calon BN bagi memastikan agenda berkenaan dapat dilaksanakan.

"Kesungguhan komitmen yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) biar pun terjahan, hujanan, petir dan kilat (yang dilakukan pembangkang) kepada kerajaan BN, anak-anak muda seharusnya memberi dokongan kepada calon BN sama ada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Jangan dengar tohmahan pembangkang yang pelbagai kerana memang sememangnya berhajat untuk menjatuhkan kepimpinan sedia ada," katanya ketika berucap pada Karnival Belia Negaraku ,di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muara di sini hari ini.

Turut hadir pada karnival itu ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata manifesto BN yang diumumkan Najib selaku Pengerusi BN menunjukkan dasar yang bertujuan untuk mencapai lebih baik demi kesejahteraan rakyat di negara ini.

"Bagaimanapun, pembangkang cuba untuk memusnahkan segala perancangan (yang dibuat oleh BN) dan kita tidak ada pilihan lain melainkan menyokong kerajaan BN," katanya.

Ahmad Zahid berkata ia berikutan kejayaan BN merealisasikan manifesto dengan pencapaian sebanyak 99.4 peratus pada PRU13.

Sementara itu, Khairul Azwan dalam ucapannya berkata karnival dua hari itu menyediakan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan 30 pempamer terdiri daripada agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada golongan muda di Bagan Datuk

"Karnival ini dianjurkan bukan kerana PRU14 kerana kita telah laksanakan sejak empat tahun lalu untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan muda khususnya di luar bandar," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Pengundi Muda Di Minta Sokong BN, Teruskan Kesinambungan Agenda Kerajaan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Pengundi Muda Di Minta Sokong BN, Teruskan Kesinambungan Agenda Kerajaan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengundi Muda Di Minta Sokong BN, Teruskan Kesinambungan Agenda Kerajaan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/04/pengundi-muda-di-minta-sokong-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :