[PRU14] Hj Hadi akan DITENTANG Anak Saudara di Marang beritamalay3.blogspot.com

[PRU14] Hj Hadi akan DITENTANG Anak Saudara di Marang beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [PRU14] Hj Hadi akan DITENTANG Anak Saudara di Marang beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PRU14] Hj Hadi akan DITENTANG Anak Saudara di Marang beritamalay3.blogspot.com
link : [PRU14] Hj Hadi akan DITENTANG Anak Saudara di Marang beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


[PRU14] Hj Hadi akan DITENTANG Anak Saudara di Marang beritamalay3.blogspot.com


PRU14 | Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Marang Miqdad Zakaria disahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen Marang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei ini.
Miqdad Zakaria, anak saudara kepada isteri presiden PAS, diuar-uar bertanding di situ sejak dia keluar PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Kalau ikutkan memang dia nak elak (lawan Hadi) tapi sebab itu (Marang) kawasan dia dan dia memang nak ambil Parlimen Marang jadi dia akan lawan (Hadi) di Parlimen lah," kata sumber dalaman parti itu kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, mengulas lanjut langkah Abdul Hadi untuk bertanding hanya satu kerusi sahaja di kawasan, Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu akan membuat ketetapan mengenainya.
"Tapi kalau Hadi tanding di Dewan Undangan Negeri (DUN), Pakatan Harapan Negeri yang akan tentukan," katanya.
Pada 11 April lalu Utusan Malaysia melaporkan Abdul Hadi memutuskan untuk bertanding hanya satu kerusi sahaja pada PRU ke-14 kali ini.
Bagaimanapun, beliau masih belum keputusan sama ada mahu bertanding di kerusi DUN atau Parlimen.
Pada pilihan raya umum yang lalu, Abdul Hadi kekal menyandang kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang menewaskan calon BN.
Kerusi DUN Ru Rendang adalah kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh BN sejak pilihan raya 1982.
Bagi parlimen Marang, Abdul Hadi mula bertanding di kerusi itu sejak 1986 dan sepanjang tempoh tersebut, beliau menang lima daripada tujuh kali pilihan raya hingga 2013.
PAS dijadual mengumumkan calon mereka secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini.
Manakala HARAPAN Terengganu akan berbuat demikian pada 26 April ini oleh Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dungun, Terengganu.


Demikianlah Artikel [PRU14] Hj Hadi akan DITENTANG Anak Saudara di Marang beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel [PRU14] Hj Hadi akan DITENTANG Anak Saudara di Marang beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PRU14] Hj Hadi akan DITENTANG Anak Saudara di Marang beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/04/pru14-hj-hadi-akan-ditentang-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :