Syamsul Debat, Anak Bekas Wakil Rakyat Antara Calon Muka Baharu BN Negeri Sembilan beritamalay3.blogspot.com

Syamsul Debat, Anak Bekas Wakil Rakyat Antara Calon Muka Baharu BN Negeri Sembilan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Syamsul Debat, Anak Bekas Wakil Rakyat Antara Calon Muka Baharu BN Negeri Sembilan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syamsul Debat, Anak Bekas Wakil Rakyat Antara Calon Muka Baharu BN Negeri Sembilan beritamalay3.blogspot.com
link : Syamsul Debat, Anak Bekas Wakil Rakyat Antara Calon Muka Baharu BN Negeri Sembilan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Syamsul Debat, Anak Bekas Wakil Rakyat Antara Calon Muka Baharu BN Negeri Sembilan beritamalay3.blogspot.com


SEREMBAN:  Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat adalah antara muka baharu yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Syamsul, yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, menganggap pemilihan beliau sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat adalah satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu digalas dengan sebaiknya.

Pemilihan Syamsul Amri, 41, sekali gus bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di DUN Sikamat melibatkan calon PKR, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan Rahim Yusof daripada PAS.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, R. Thinalan menyifatkan pemilihan beliau sebagai calon bagi kerusi DUN Sri Tanjung sebagai meneruskan legasi mendiang bapanya, Datuk T. Rajagopalu, yang meninggal dunia pada 25 Ogos 2014.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mendiang bapanya yang merupakan bekas Setiausaha Agung MIC Kebangsaan, adalah wakil rakyat di kawasan itu selama sepenggal pada 2004.

"Pada tahun 2008, kerusi berkenaan telah dimenangi pembangkang dan hasrat saya kali ini untuk merampas kembali kerusi tersebut serta kembalikan kegemilangan kawasan DUN itu," katanya kepada Bernama di sini.

Ketua Penerangan MCA Negeri Sembilan, Ho Choi Sin pula menganggap pemilihan beliau sebagai calon DUN Mambau adalah sejarah dalam kerjaya politiknya.

Bagi calon Parlimen Seremban yang juga Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Chong Sin Woon, beliau berjanji akan bekerja keras memastikan kemenangan BN sekali gus mahu menyumbang satu kerusi kepada pembentukan kerajaan pusat.

"Sebagai penerima watikah calon pada hari ini, maka saya memikul tanggungjawab yang besar dan akan berusaha bersama jentera parti di Parlimen Seremban untuk menemui seberapa ramai pengundi semasa berkempen yang saya telah lakukan selama ini.

"Saya yakin dan percaya barisan yang diumumkan pada hari ini apabila diberi mandat oleh rakyat kelak, akan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Syamsul Debat, Anak Bekas Wakil Rakyat Antara Calon Muka Baharu BN Negeri Sembilan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Syamsul Debat, Anak Bekas Wakil Rakyat Antara Calon Muka Baharu BN Negeri Sembilan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syamsul Debat, Anak Bekas Wakil Rakyat Antara Calon Muka Baharu BN Negeri Sembilan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/04/syamsul-debat-anak-bekas-wakil-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :