Judul : Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan beritamalay3.blogspot.com
link : Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan beritamalay3.blogspot.com
Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi dengan lima anggota.
Dalam satu kenyataan di sini, ia berkata jawatankuasa itu dianggotai dua hakim bersara Mahkamah Rayuan iaitu Datuk KC Vohrah dan Datuk Mah Weng Kwai yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia; Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig. Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji; pensyarah undang-undang dan pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi dan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Datuk S. Ambiga.
Majlis Penasihat Kerajaan berkata, jawatankuasa berkenaan akan membentangkan penemuan serta syornya kepada Majlis yang kemudian akan mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Majlis itu berkata, pembaharuan ekonomi semata-mata tidak mampu membawa perubahan yang diinginkan melainkan turut diiringi pembaharuan institusi.
Majlis Penasihat Kerajaan dibentuk pada 12 Mei bagi menasihati kerajaan mengenai isu ekonomi dan kewangan. - Bernama
Demikianlah Artikel Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/05/jawatankuasa-pembaharuan-institusi.html