Najib: Jadikan Jasa Para Pemimpin Terdahulu, "Asas" Pacu Kemajuan Negara beritamalay3.blogspot.com

Najib: Jadikan Jasa Para Pemimpin Terdahulu, "Asas" Pacu Kemajuan Negara beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib: Jadikan Jasa Para Pemimpin Terdahulu, "Asas" Pacu Kemajuan Negara beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Jadikan Jasa Para Pemimpin Terdahulu, "Asas" Pacu Kemajuan Negara beritamalay3.blogspot.com
link : Najib: Jadikan Jasa Para Pemimpin Terdahulu, "Asas" Pacu Kemajuan Negara beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Najib: Jadikan Jasa Para Pemimpin Terdahulu, "Asas" Pacu Kemajuan Negara beritamalay3.blogspot.com


PEKAN: Jasa pemimpin terdahulu bukan sahaja untuk dikenang tetapi dijadikan asas memacu negara ke tahap lebih tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata sebagai generasi penerus, generasi kini perlu memikul peranan membawa apa yang telah diasaskan kepada sesuatu yang lebih tinggi dan diperakui dunia.

Menjadikan jasa dan perjuangan ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang merupakan perdana menteri kedua, dalam memacu kemajuan masyarakat luar bandar melalui pembukaan Felda dan pembinaan jalan menghubungkan Kuantan dan Segamat, Najib berkata semua itu mungkin tidak bermakna jika tiada kesinambungan dilakukan terhadap apa yang telah diasaskan tersebut.

"Kita tidak boleh semata-mata hidup dengan bersandarkan ingatan dan nostalgia sahaja. Generasi yang ada sepatutnya tidak memiliki sifat sedemikian.

"Kita mesti membawa kemajuan yang lebih hebat lagi, dan itulah prinsip yang sebenarnya di mana dengan sikap itu, barulah negara kita boleh diletakkan dalam saf antara negara terhenti serta terunggul di dunia," kata beliau.


Najib yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pekan berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama 2,000 penduduk Batu 8 Lepar di sini, hari ini.

Turut hadir calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud.

Najib berkata generasi sekarang tidak boleh membuatkan negara mengundur ke belakang kerana bagi meneruskan apa yang telah dimulakan, negara memerlukan sebuah parti politik yang mempunyai sejarah memajukan negara dengan cemerlang.

Dari segi politik, beliau berkata teras politik tanah air yang terbukti berjaya memacu pembangunan negara hanya ada pada satu parti iaitu BN.

"Kalau kita tengok perangai seorang dua di sebelah sana (pembangkang), kita pun sudah pasti tidak yakin mereka boleh menjaga kepentingan kita semua terutamanya kepentingan masyarakat di luar bandar, kepentingan Islam dan kepentingan orang Melayu," kata beliau.

Pada majlis itu, perdana menteri turut meluluskan sejumlah peruntukan bagi pembinaan sebuah masjid baharu di kampung berkenaan. #sumber


Demikianlah Artikel Najib: Jadikan Jasa Para Pemimpin Terdahulu, "Asas" Pacu Kemajuan Negara beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Najib: Jadikan Jasa Para Pemimpin Terdahulu, "Asas" Pacu Kemajuan Negara beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: Jadikan Jasa Para Pemimpin Terdahulu, "Asas" Pacu Kemajuan Negara beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/05/najib-jadikan-jasa-para-pemimpin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :