PM, Tun M: Saya TIADA PILIHAN, Polis Serah SEMUA BUKTI Kesalahan Awar pada 1998 beritamalay3.blogspot.com

PM, Tun M: Saya TIADA PILIHAN, Polis Serah SEMUA BUKTI Kesalahan Awar pada 1998 beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PM, Tun M: Saya TIADA PILIHAN, Polis Serah SEMUA BUKTI Kesalahan Awar pada 1998 beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM, Tun M: Saya TIADA PILIHAN, Polis Serah SEMUA BUKTI Kesalahan Awar pada 1998 beritamalay3.blogspot.com
link : PM, Tun M: Saya TIADA PILIHAN, Polis Serah SEMUA BUKTI Kesalahan Awar pada 1998 beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PM, Tun M: Saya TIADA PILIHAN, Polis Serah SEMUA BUKTI Kesalahan Awar pada 1998 beritamalay3.blogspot.com

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau membuat keputusan salah dengan “mematuhi undang-undang sepenuhnya” dalam pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya 20 tahun lalu.
Dalam wawancara bersama Sin Chew Daily, bekas perdana menteri itu berkata, jika boleh menterbalikkan masa, beliau tidak akan memecat Anwar.
“Keputusan salah ialah mematuhi undang-undang sepenuhnya, saya fikir saya tak patut ambil tindakan terhadap Anwar,” katanya ketika ditanya apa keputusan salah yang pernah dilakukannya sepanjang 22 tahun memimpin negara.
Dari segi politik, saya tidak akan berbuat demikian kerana apabila saya menjadi perdana menteri, saya pernah berjanji dengan diri tidak akan melakukan perkara yang akan menyebabkan orang benci saya.”
Bagaimanapun, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau tiada pilihan kerana polis menyerahkan semua bukti kepadanya pada 1998.
Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada September 1998, manakala Majlis Tertinggi Umno pula menamatkan keahlian Anwar dalam parti itu.
Anwar kemudiannya didakwa menyalahgunakan kuasa dan meliwat serta dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan 9 tahun. Tetapi, Mahkamah Persekutuan pada 2004 mengetepikan sabitan meliwatnya dan Anwar kemudiannya dibebaskan.
Dr Mahathir berkata, pemecatan Anwar sebagai timbalan presiden Umno ialah keputusan kolektif Majlis Tertinggi Umno.
Demi perkara ini, kami mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sehingga 4 pagi. Semua orang bersuara, mereka sepakat tidak mahu beliau sebagai timbalan presiden Umno dan tidak mahu beliau berada dalam parti. Ini adalah keputusan Majlis Tertinggi Umno, bukan keputusan saya.
“Saya mematuhi prosedur ditetapkan, bawa perkara itu ke Majlis Tertinggi untuk dibincangkan. Semua ahli Majlis Tertinggi hadir, hampir 40 orang, Anwar pun hadir.
Saya yang mula bercakap, kemudian Anwar…setiap orang mempunyai peluang bersuara 2 kali. Kali ke-2 saya mahu Anwar bercakap, beliau menolak. Masa itu saya rasa beliau sudah keluar, tetapi mesyuarat diteruskan.”
Pengerusi PPBM itu turut menafikan beliau ialah seorang diktator.
“Saya sebenarnya boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk tahan dia, tetapi sebelum dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara, seluruh proses perbicaraan selama 9 bulan, jika saya ialah diktator, saya boleh terus masukkan dia (ke penjara).
“Saya sangat tidak puas hati dengan polis. Saya tanya mereka kenapa tidak biar dia dibicarakan? Pada mulanya mereka tidak beritahu, kemudian cakap sudah beri dia mata lebam, tetapi saya bertegas mesti ke mahkamah.
Anwar yang juga ketua umum PKR berusia 70 tahun, menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh, selepas Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan sabitan berhubung kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada 2008.



Demikianlah Artikel PM, Tun M: Saya TIADA PILIHAN, Polis Serah SEMUA BUKTI Kesalahan Awar pada 1998 beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PM, Tun M: Saya TIADA PILIHAN, Polis Serah SEMUA BUKTI Kesalahan Awar pada 1998 beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM, Tun M: Saya TIADA PILIHAN, Polis Serah SEMUA BUKTI Kesalahan Awar pada 1998 beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/05/pm-tun-m-saya-tiada-pilihan-polis-serah.html

Subscribe to receive free email updates: