Judul : Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu beritamalay3.blogspot.com
link : Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu beritamalay3.blogspot.com
Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu beritamalay3.blogspot.com
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihak imigresen tidak melakukan pemeriksaan ke atas pemimpin pembangkang tersebut memandangkan beliau menaiki penerbangan domestik.
"Saya telah mendapatkan maklumat dan pengesahan daripada Pengarah Imigresen Terengganu (Rahim Hanafi ) menyatakan ada penerbangan dari Kuala Terengganu ke Subang yang dinaiki Tun Mahathir namun tiada pemeriksaan dilakukan ke atas beliau kerana itu merupakan penerbangan domestik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, ketika berceramah di Dengkil, Tun Mahathir mendakwa beliau diperiksa oleh pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia ketika berada di Terengganu sebelum terbang ke Subang.
"Saya baru balik dari Terengganu pagi tadi. Terengganu dalam Malaysia dan saya diperiksa oleh kastam dan imigresen. Kami tidak membawa apa-apa dengan kami lagi pun kami sudah berada dalam Malaysia," katanya.
Tun Mahathir sebelum ini mendakwa pesawat yang sepatutnya menerbangkan beliau dari Subang ke Langkawi baru-baru ini disabotaj namun dinafikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) hasil pemeriksaan menyeluruh. #sumber
Demikianlah Artikel Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/05/tiada-pemeriksaan-imigresen-ke-atas-tun.html