Guna bahasa Cina, Pemuda BERSATU ‘tak bersama’ Guan Eng, BM sepatutnya Sumber Rasmi beritamalay3.blogspot.com

Guna bahasa Cina, Pemuda BERSATU ‘tak bersama’ Guan Eng, BM sepatutnya Sumber Rasmi beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Guna bahasa Cina, Pemuda BERSATU ‘tak bersama’ Guan Eng, BM sepatutnya Sumber Rasmi beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guna bahasa Cina, Pemuda BERSATU ‘tak bersama’ Guan Eng, BM sepatutnya Sumber Rasmi beritamalay3.blogspot.com
link : Guna bahasa Cina, Pemuda BERSATU ‘tak bersama’ Guan Eng, BM sepatutnya Sumber Rasmi beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Guna bahasa Cina, Pemuda BERSATU ‘tak bersama’ Guan Eng, BM sepatutnya Sumber Rasmi beritamalay3.blogspot.com


Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Abdul Rahman menjadi pemimpin terbaru yang tidak bersetuju dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng susulan isu kenyataannya yang menggunakan bahasa Cina.
Memetik Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi” katanya, keutamaan perlu ditekankan kepada penggunaan bahasa kebangsaan untuk hebahan media buat kali pertama.
“Ini bermakna, ia telah pun dipersetujui bahawa Bahasa Malaysia perlu digunapakai untuk setiap urusan rasmi kerajaan termasuklah kenyataan-kenyataan rasmi atas kapasiti kerajaan.
“Ia juga selari dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu hendaklah dijadikan Bahasa Kebangsaan.
“Saya juga percaya keperluan untuk menyelaras penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam semua urusan rasmi kerajaan ini penting untuk memastikan tidak ada kekeliruan daripada pihak awam berkenaan apa-apa perkara yang diterbitkan oleh pihak Kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Lim mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.
Bagaimanapun, kenyataan Facebook yang dikeluarkannya malam semalam untuk mempertahankan kenyataan tiga bahasa itu dikeluarkan hanya dalam bahasa Cina.
Mengulas lanjut Syed Saddiq yang juga adalah ahli parlimen Muar berkata, kenyataan di dalam bahasa kebangsaan seharusnya dijadikan satu-satunya sumber rasmi oleh mana-mana pihak.
“Kenyataan rasmi Kerajaan Malaysia juga akan diterjemah kepada Bahasa Inggeris sebagai sumber rujukan media asing dan boleh diterjemah kepada bahasa ketiga jika ada keperluan untuk berbuat demikian.
“Saya percaya tidak ada sebarang masalah untuk menterjemah mana-mana kenyataan rasmi Kerajaan Malaysia. Namun, keutamaan perlu ditekankan kepada penggunaan Bahasa Kebangsaan untuk hebahan media buat kali pertama.
“Kekeliruan dan salah faham dari orang ramai dapat dielakkan dengan prosedur sebegini,” katanya.
Sumber: Malaysiakini

Kenyataan Mufti Perlis: Jika awal-awal lagi identiti yang menyatukan rakyat itu hendak dicemari, maka ialah tanda satu petanda bahawa keadaan yang TIDAK DAMAI dan TENTERAM akan melanda negara ini.



Demikianlah Artikel Guna bahasa Cina, Pemuda BERSATU ‘tak bersama’ Guan Eng, BM sepatutnya Sumber Rasmi beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Guna bahasa Cina, Pemuda BERSATU ‘tak bersama’ Guan Eng, BM sepatutnya Sumber Rasmi beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guna bahasa Cina, Pemuda BERSATU ‘tak bersama’ Guan Eng, BM sepatutnya Sumber Rasmi beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/06/guna-bahasa-cina-pemuda-bersatu-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :