Judul : Belum Kering Dakwat, Kes "Bin Abdullah" diarah dibicarakan semula beritamalay3.blogspot.com
link : Belum Kering Dakwat, Kes "Bin Abdullah" diarah dibicarakan semula beritamalay3.blogspot.com
Belum Kering Dakwat, Kes "Bin Abdullah" diarah dibicarakan semula beritamalay3.blogspot.com
oleh:
RICHARD MALANJUM
Ada beberapa perkara yang sungguh menggusarkan mutakhir ini, terutamanya melibatkan sistem kehakiman dan perundangan di Malaysia.
Kita sedia maklum, bahawa sebaik-baik sahaja PH membentuk kerajaan Persekutuan, kita mula mendengar suara-suara yang meminta Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif untuk meletakkan jawatan, supaya dapat digantikan dengan Ketua Hakim pilihan mereka, iaitu Richard Malanjum. Ahli parlimen dalam kerajaan PH, Hanipah Maidin bahkan sampai memberikan amaran kepada Ketua Hakim Negara agar meletak jawatan, [1] sungguhpun tidak ada sekelumit pun bukti salah laku di pihak Md Raus, justeru mengapa perlu dia meletak jawatan?
Pada awalnya, mungkin kita masih boleh bersangka baik, ini semua barangkali cuma desas-desus yang tidak sahih, tetapi kronologi yang berlaku kemudiannya jelas menunjukkan bahawa sistem kehakiman di negara kita sememangnya sedang dirogol dengan penuh rakus tanpa belas ihsan.
Pertama, kita dikhabarkan bahawa Council of Eminent Persons (CEP) telah memanggil Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, untuk datang menghadap CEP. Ini adalah satu pencabulan ke atas sistem kehakiman yang amat tidak boleh diterima, kerana CEP yang dilantik oleh Perdana Menteri adalah dari cabang Eksekutif; dan Eksekutif tiada hak dan tiada kuasa untuk mencampuri urusan Kehakiman.
Kacau-ganggu ke atas sistem kehakiman oleh cabang Eksekutif ini telah ditempelak secara tegas oleh dua peguam kanan, yang kebetulan kedua-duanya juga adalah mantan Presiden Badan Peguam Malaysia, iaitu Zainur Zakaria dan Param Cumarasamy. [2]
Kemudian pada 13 Jun 2018, kita dikhabarkan pula bahawa Md Raus dan Zulkefli telah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan. Dalam surat peletakkan jawatannya, kedua-duanya menyebut bahawa ia berkuatkuasa 31 Julai 2018. [3]
Tetapi sebelum sempat pun 31 Julai tiba, kita dikhabarkan bahawa Richard Malanjum telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu pada 11 Julai. [4] Dan dia mengangkat sumpah pada waktu malam.
Hal ini menimbulkan kemusykilan, kerana jika peletakkan jawatan Md Raus sebagai Ketua Hakim Negara hanya berkuat kuasa pada 31 Julai, bagaimana pula Richard Malanjum boleh mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara sebelum 31 Julai?
Ini menimbulkan krisis kehakiman: i.e. adakah Tun Md Raus dipecat? Kerana jika tidak dipecat, peletakkan jawatannya hanya berkuat kuasa pada 31 Julai, dan bukan sebelumnya, justeru perlantikan Richard Malanjum adalah tidak sah, kerana kita masih ada Ketua Hakim Negara; manakala jika dia dipecat pula, bagi memungkinkan Richard Malanjum mengambil tempat Ketua Hakim Negara lebih awal, maka ini juga menimbulkan persoalan, apabila seorang hakim boleh sewenang-wenangnya dibuang tanpa perlu terlebih dahulu melalui tribunal yang diperuntukkan oleh Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan.
Jika kita masih ingat, pada tahun 1988, ramai pengamal undang-undang yang mengenang tahun itu sebagai tahun sedih untuk kehakiman. “May day for justice” — kerana Ketua Hakim Negara pada ketika itu, Tun Salleh Abas, telah dipecat. Tetapi sekurang-kurangnya beliau dipecat melalui proses tribunal, sungguhpun ketelusan tribunal itu dipertikai oleh banyak pihak dan menjadi persoalan.
Tetapi bayangkan pada hari ini, 30 tahun selepas peristiwa hitam itu, sekali lagi kita melihat seorang Ketua Hakim diganti sebelum perletakkan jawatannya yang sah; dan yang paling menggusarkan sekali, TANPA melalui proses tribunal! Ini adalah lebih teruk daripada zaman 1988.
Dan kesinambungan dari segala kronologi yang diperturunkan di atas, hari ini, tak sampai sebulan pun Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara, kita dapat melihay bagaimana beliau mula memainkan peranannya “mengatur” sistem keadilan supaya mengikut acuan dan kehendaknya. Malaysiakini melaporkan beliau mengeluarkan ARAHAN agar kes ‘bin Abdullah’ yang melibatkan Majlis Agama Islam Johor — dan berkait banyak persoalan fiqh, kedudukan fatwa, serta pertindanan hukum syarak dengan undang-undang sivil — untuk dibicarakan semula. [5]
Ini adalah sesuatu yang menimbulkan persoalan. Saya telah bertanya kepada salah seorang peguam yang mengendalikan kes itu bagi pihak Majlis Agama Islam, adakah kes itu telah selesai dibicara secara penuh (fully heard), ataukah baru dibicarakan sebahagian sahaja (partially heard), kerana jika baru partially heard, dan hakim bertukar, memang ada kalanya kes dibicarakan semula dari awal, bagi memudahkan hakim baharu yang menggantikan, dapat faham kes dari mula. Tetapi jika kes telah dibicara dan didengar sehingga habis, tiada sebab untuk ia diarahkan dibicara semula. Dalam kes ini, saya dimaklumkan bahawa ia telah pun dibicarakan secara penuh (fully heard), dan cuma menunggu keputusan sahaja.
Justeru, adakah ARAHAN dari Richard Malanjum agar kes itu didengar semula, sedangkan ia sudah pun dibicarakan sebenarnya, adalah satu bentuk kacau-ganggu ke atas perjalanan kes itu, bagi memastikan keputusannya nanti adalah selari dengan apa yang diinginkan oleh beliau (yang mungkin bukan apa yang ingin diputuskan pada awalnya oleh corum hakim yang telah mendengar kes itu)?
Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi ia juga mesti TAMPAK dilaksanakan. Apa yang dilakukan oleh Richard Malanjum ini mencemar imej dan ketelusan sistem kehakiman di negara kita, dan adalah suatu precedent yang amat berbahaya.
Demikianlah Artikel Belum Kering Dakwat, Kes "Bin Abdullah" diarah dibicarakan semula beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Belum Kering Dakwat, Kes "Bin Abdullah" diarah dibicarakan semula beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Belum Kering Dakwat, Kes "Bin Abdullah" diarah dibicarakan semula beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/07/belum-kering-dakwat-kes-bin-abdullah.html