Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok beritamalay3.blogspot.com

Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok beritamalay3.blogspot.com
link : Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok beritamalay3.blogspot.com



14 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan pelbagai serangan bertali arus terhadap institusi Islam dan bangsa Melayu, menyebabkan hak yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan terhakis sedikit demi sedikit.
Menyedari hakikat itu, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengajak umat Islam dan bangsa Melayu bersama-sama hadir pada satu perhimpunan besar-besaran pertama yang akan diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala Lumpur, mulai jam 9 pagi hingga 2 petang esok.
Dalam satu kenyataan hari ini, UMMAH berkata, Kelab Sultan Sulaiman pernah menjadi saksi kebangkitan ketika Kongres Melayu SeMalaya yang menjadi bibit-bibit permulaan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu, pada Mac 1946.
“Kini, dengan Roh perjuangan yang sama, pada 28 Julai 2018, Kelab Sultan Sulaiman bakal menyaksikan satu lagi kebangkitan UMMAH yang mengumpulkan bangsa Melayu Islam yang ingin mempertahankan agama dan bangsanya daripada dirobek oleh pihak-pihak berkepentingan,” kata gerakan itu.
Dianggarkan lebih 10,000 peserta terdiri daripada ahli gabungan lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, persatuan mahasiswa universiti, pelajar, serta pemimpin dan ahli parti politik, dijangka hadir.
Himpunan esok, adalah yang besar-besaran bakal diadakan bagi umat Islam menyatakan pendirian dan sikap leluhur mempertahankan kedaulatan Islam, institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan bahasa Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia yang mula digugat oleh anasir tidak bertanggungjawab pasca PRU14.
Umat Islam, khususnya bangsa Melayu perlu sedar sejak kebelakangan ini timbul pelbagai isu menyentuh kedaulatan Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang membimbangkan, dan boleh mencetuskan situasi tidak tenteram dalam masyarakat.
Menurut UMMAH, himpunan akan dijalankan secara aman, gembira dan kasih sayang serta menghormati antara satu sama lain.
“Unsur provokasi, keras dan kasar dilarang sama sekali serta pihak keselamatan akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang cuba membuat provokasi untuk menganggu himpunan ini.
Bertemakan ‘putih’ (baju), UMMAH menggalakkan peserta membawa topi, payung, alas duduk dan minuman. Peserta juga digalakkan makan makanan berat terlebih dahulu sebelum menyertai perhimpunan.



Demikianlah Artikel Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/07/islam-melayu-jom-bersatu-nyatakan.html

Subscribe to receive free email updates: