Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad beritamalay3.blogspot.com

Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad beritamalay3.blogspot.com
link : Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR, 9 Zulkaedah 1439H, Ahad – “Hidup rakyat, bantah UEC,” demikian laungan semangat ratusan mahasiswa yang berhimpun semalam, bagi menyatakan bantahan terhadap pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
Perhimpunan anjuran Gabu­ngan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diadakan sekitar Masjid Negara, dan kemudian mereka berarak ke dataran Sogo secara berasingan selepas dihalang pihak polis.
Presiden Gamis, Faizzudin Mohd. Zai berkata, pengiktirafan UEC tidak seharusnya timbul, memandangkan dasar pendidikan kebangsaan yang sedia ada masih relevan.
Katanya, himpunan yang diadakan bukan atas dasar rasis dan politik, tapi hanya kerana mahu menegakkan sistem pendidikan negara.
“UEC jelas bercanggah dengan Perlembagaan. Kita mesti bantah,” katanya.
Antara yang hadir himpunan adalah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin.
Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan tetap meneruskan rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam perkara itu.
UEC adalah satu silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.- ismaweb


Demikianlah Artikel Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/07/mahasiswa-ipt-berhimpun-bantah-iktiraf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :